Katakan Tidak Kepada ‘Jugmental Parenting’ – Raikan Perbezaan & Hargai Keunikan

Sumber Rujukan : Nurul Mutalib

Baru-baru ni saya ternampak satu post di facebook mengenai seorang doctor yang mampu mendisplinkan anaknya walaupun mereka masih merangkak. Maka ramailah yang tersentap dan ramai juga yang menyokong. Ya, itu cara doctor tersebut. Tidak salah dan betul. Semua ada hak masing-masing bagaimana mendidik anak-anak mereka.

Sebabnya, ilmu keibubapaan ni sangat luas sampai tak tahu nak ikut yang mana satu. Lebih-lebih lagi di Malaysia, macam-macam trend ada.

Trend USA di mana ibu bapa over protective. Malah ibu bapa yang membiarkan kanak-kanak berpeleseran akan didakwa. Trend di Europe pulakanak-kanak diberikan kebebasan sepenuhnya dan anak yang happy itu penting. Kanak-kanak diberikan peluang buat semua perkara yang disukai sendiri. Trend di Jepun pula yang menerapkan displin tinggi di kalangan kanak-kanak. Semua wajib teratur. Dan yang paling banyak dan popular keibubapaan secara islamik. Part islamik ni, yang buat bisnes pun ramai, dari seminar, bengkel hinggalah tadika. Atau pun cara mak bapak kita dulu-dulu yang mungkin ‘kolot’, garang tetapi berkesan. Sekali jelling terus menusuk ke dalam hati, sekali cubitan ketam berminggu lebamnya.

Apa yang saya nak beritahu. Saya adalah guru Pendidikan khas sekolah rendah. Hampir 10 tahun pengalaman di dalam bidang Pendidikan khas, saya dah biasa dengan perangai budak-budak ni. Sepuluh arahan, belum tentu satu pun nak dengar. 2 sekolah yang pernah saya ajar. Kemasukan murid-murid khas paling sikit 20 orang setahun dan paling ramai 45 orang setahun. Bayang kan dengan bilangan murid sedemikian, setiap murid masalah dan perangainya berlainan. Tenaga kerja cikgu pula tidak ramai. Nampak senang, tapi penat sebenarnya. Jadi sayalah cikgu paling garang merangkap guru displin di kelas. Bukan garang biasa tapi garang gila. Saya lalu atau melintas je pun anak murid terus perangai elok. Takde buat bersepah, takde nak tantrum. Haha. Kawan-kawan saya pula lebih lembut untuk seimbangkan peranan cikgu di sekolah. Tetapi dengan anak-anak istimewa ni, mereka jarang simpan dalam hati. Esoknya datang sekolah dengan fresh start, terus ucap sayang cikgu, cikgu cantik lupa dah semalam kena marah. Dan kemudian buat perangai semula. Dan begitu lah hari-hari. Apa cikgu tampal di dinding dicabut, buku-buku dikoyakkan, mainan dirosakkan dan macam-macam lagi . Kadang-kadang kami pula yang tak larat nak garang. Jadi layankan je karenah murid-murid istimewa ni sebab diaorang ni la yang menjadikan hari-hari cikgu datang sekolah penuh dengan senyuman dan gelak ketawa. Kalau kami terlalu serius, boleh jadi stress kan.

Apa yang saya kagum adalah semangat ibu bapa kepada anak-anak istimewa ni. Ada ibubapa yang sanggup buat apa sahaja asalkan anak mereka boleh bermain seperti kanak-kanak lain sebabnya anak mereka autism, hanya termenung tanpa perasaan bila nampak mainan. Ada ibu bapa yang sanggup buat apa sahaja asalkan anak mereka riuh bercakap sebabnya anak mereka speech delay atau non verbal. Ada ibubapa yang sanggup buat apa sahaja asalkan anak mereka berlari di dalam rumah sebabnya anak mereka cerebral palsy. Ada ibu bapa yang sanggup buat apa sahaja asalkan anak mereka boleh dibawa dikhalayak ramai sebabnya ramai yang memandang pelik anak mereka sindrom down. Ada ibubapa yang sanggup buat apa sahaja asalkan anak mereka tidak tantrum tanpa sebab.

Jadi, bila saya sampai di rumah. Dah la penat di sekolah, rumah bersepah, anak-anak aktif dan banyak kerja rumah nak kena setel. Kemudian, pejam mata, tarik nafas dalam-dalam.Syukur, saya dikurniakan anak-anak yang sihat, tiada kekurangan upaya dan aktif. Masih mendengar kata walaupun kena ulang banyak kali dan sering terlupa. Waktu malam mereka masih lagi tidur lena. Masih ramai ibubapa anak-anak istimewa yang sanggup buat apa sahaja untuk ‘menormalkan’ anak mereka. Mereka nak waktu tidur mereka normal, didik anak cara normal dan diterima masyarakat normal.

Anak-anak main bedak, losyen, minyak masak, sirap, ink printer, telur, habis semua dinding diconteng dan macam-macam lagi. Kalau orang putih dah panggil sensory play haha. Memang rasa tak cukup nafas. Persepsi cute atau annoying tuh kita yang tentukan sendiri. Bila kita penat bekerja, nampak sepah yang macam tuh. Tengok anak, rasa gelihati, amik pic, record video dan kemas. Rasa kelakar tuh dah menceriakan sekejap hari kita, lupa sekejap penat dan boleh kemas. Atau pun tengok anak geram, stress, membebel dan kemas. Kelakar atau geram, tetap kena kemas juga.

Mungkin salah kita sebab terlupa dan terlambat nak ajar anak kita behave semasa mereka masih merangkak. Beruntung lah orang-orang yang telah diberi ajaran Islam daripada ibu bapa nya dan sekarang diamalkan pula untuk anak-anaknya. Mungkin ajaran Islam kita belum sempurna sehingga anak-anak terlalu nakal.

Ya dalam Islam sangat mementingkan kebersihan dan adab. Dan di dalam Islam juga ada istilah sabar. Sabar lah dalam mendidik anak-anak. Sabarlah dalam menjaga rumahtangga. Sabar lah di dalam saat susah dan payah. Ada anak-anak kecil memang banyak cabaran dan dugaan. Sedangkan Rasullullah sendiri melamakan sujudnya semata-mata membiarkan Hasan dan Husin bermain di atas punggungnya. Tidak pula dikatakan Hasan dan Husin itu tidak ada adab. Di dalam Islam juga ada fasa sebelum mummayiz iaitu lebih kurang sebelum umur 7 tahun. Masih belajar membezakan baik dan buruk.

Pengalaman saya sendiri, 2 tahun lepas ketika umur Abid 3 tahun dan Lily 1 tahun, kami sekeluarga makan di sebuah warung satay di Kuantan. Secara tiba2, tuan punya kedai mengambil semua sudu dan garfu dia atas meja dan merampas yang berada di tangan anak saya. Puncanya, anak saya bermain sudu dan garfu tersebut sambil makan. Sudahnya anak saya makan tanpa sudu dan garfu. Geram juga hati saya. Rasa macam nak bersemuka dan lempar pinggan kat warung tuh. Haha. Tetapi suami cakap, tak payah sambung makan, bayar dan balik. Niat di hati nak viral kan. Rasa nya diam lebih baik. Sebabnya saya tahu, memang akan ada orang yang sebegini.

Kadang-kadang bukan tak garang. Saya juga antara mama yang garang. Pernah juga saya buang lego sebab sakit hati punya pasal terpijak. Anak-anak sedih, papa nya kutip semula dari tong sampah dan basuh. Dah dibagi amaran, tenung sampai tembus mata dan pujuk cakap elok-elok. Ingat nya sekejap sahaja. Kadang-kadang kita pun x sampai hati, macam video lily baru-baru ni… Niat asal nak menyapu bilik sebab lego bersepah, keluar sekejap cari penyodok. Batang penyapu dah jadi microfon. Dari nak marah jadi terhibur. Saya juga pelanggan setia kepada perkhidmatan part time maid. Tak larat sangat dan rumah dah macam tongkang pecah. Call je part time maid. Setel.

  • Memang ada orang yang pantang macam-macam.
  • Pantang tengok rumah bersepah termasuk lah rumah orang lain.
  • Pantang anak-anak nakal termasuk lah anak orang lain.
  • Pantang family berimejkan serabai dan selekeh termasuklah family orang lain.
  • Pantang tengok budak-budak usik barang.
  • Pantang tengok budak tidak reti duduk diam masa makan.

Dan macam-macam pantang lagi la. Saya pun ada pantang juga, pantang sale dan pantang tengok makanan. LOL.

Ini yang selalu saya amalkan, saya akan cuba elakkan daripada berjumpa dan berurusan dengan orang banyak pantang.

  • Kalau dia pengasuh, saya tidak akan hantar anak saya ke rumah nya. Bimbang habis semua hiasan rumah orang tuh.
  • Kalau dia cikgu, saya tidak akan hantar ke sekolah tersebut. Bimbang stress dia nak ajar anak saya.
  • Kalau dia doctor, saya tidak akan dapatkan rawatan daripada dia. Bimbang hancur barang-barang kat klinik dia.
  • Kalau dia ada restoren, saya tidak akan makan di kedai makan dia. Bimbang berterabur restoren dia.
  • Kalau dia ajak datang ke rumah, saya akan bagi alasan tidak sempat singgah.
  • Kalau dia nak datang ke rumah saya, saya cakap saya tiada di rumah.

Sebabnya saya tahu, mereka ini tidak berbunyi tetapi di dalam hati penuh dengan penilaian. Elakkan rasa menyampah orang lain adalah lebih baik. Insya allah ada orang dan tempat yang boleh menerima kanak-kanak banyak akal dan aktif.

Saya sedih sebab di saat usaha kementerian kesihatan meningkatkan kesedaran mengenai kemurungan di kalangan wanita. Ada doctor yang bercakap mengenai rumah sempurna dan anak-anak yang beradab. Malah menilai kanak-kanak nakal di hospital dan klinik berkait rapat dengan didikan ibubapa. Saya risau di saat kita bercakap mengenai kepentingan meningkatkan mutu Pendidikan awal kanak-kanak, ada guru prasekolah sudah siap menilai murid-muridnya tidak beradab dengan cara didikan ibu bapa di rumah.

Setiap orang ada level stress yang berbeza. Setiap orang ada kerajinan yang berbeza. Setiap orang ada kepenatan yang berbeza. Setiap orang ada kemampuan yang berbeza. Dan setiap orang juga ada masalah yang berbeza. Memang akan ada orang yang berbangga saya tiada maid, semua saya buat sendiri. Tetapi itu tidak menjadikan kita lemah apabila kita memerlukan pertolongan orang lain dalam menguruskan keluarga, anak-anak dan hal rumahtangga. Memang ada kwan-kawan saya yang pelik bila saya panggil part time maid setiap minggu sedangkan saya cikgu, kerja setengah hari dan anak pun baru dua. Saya juga tidak lah menyokong bahawa rumah yang sangat bersepah itu bagus atau suasana yang kotor itu bagus, tetapi buat lah apa yang kita mampu dan terdaya. Tahu limit kita selagi ianya tidak bercanggah dengan ajaran agama, tidak merbahayakan dan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak dan keluarga, dan tidak mengganggu persekitaran atau orang lain.

Jadilah ibu bapa yang paling selesa untuk anak-anak kita. Percayalah sekiranya anak-anak kita tidak mempunyai masalah kekurangan upaya dan membesar seperti kanak-kanak lain. In sha Allah minat mereka terhadap bedak, sirap, melukis di dinding cuma sekejap sahaja. Umur 6 tahun dah sibuk minta main Minecraft. Haha. Kita pula rindu keletah dan nakal mereka masih kecil. Berdoalah yang terbaik semoga anak-anak kita menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat dan keluarga. Menjadi ibu bapa itu untuk seumur hidup. Sekarang berhadapan anak kecil, nanti anak belajar, kemudian anak nak kahwin dan seterusnya. Nikmatilah apa jua parenthood moment kita dengan anak-anak. Menjadi ibu bapa yang tegas tak salah. Menjadi ibu bapa yang lembut juga tak salah. Menjadi ibu bapa acah-acah garang macam saya pun okay kot. And then again. WHY SO SERIOUS???

Berhenti menjadi masyarakat yang menilai dan berkata

  • Anak cikgu tapi bodoh
  • Anak doktor tapi berpenyakit
  • Anak askar tapi lembik
  • Anak polis tapi merompak
  • Anak ustazah tapi tak reti mengaji
  • Anak imam tapi buat maksiat
  • Anak artis tapi tak lawa
  • Anak pensyarah tapi lepas SPM dok rumah
  • Anak suri rumah tapi kaki merayap

 

SAY NO TO JUDGMENTAL PARENTING. CELEBRATE DIFFERENCES. APPRECIATE UNIQUENESS.

I never failed my kids, my kids never failed me. We bless to each other.

Cikgu dan mama garang;
Nurul Mutalib

p/s: gambar dari sumber google. Nak up gambar rumah sendiri takut ada yang pengsan.

Saya juga bukan lah jenis yang sentap, apatah lagi jenis yang suka respond apa jua viral di FB. Tapi apa yang saya cuba sampai kan ini adalah penting. Disebabkan ada orang-orang begini lah, kemurungan dan tekanan di kalangan ibu dan wanita semakin serious dan ramai. Depression is real. They need help not judge.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat