“Adik, Cuba Cari Mak..” Anak & Ayah Gagal Buat Kad Pengenalan Kerana Ibu Tak Datang
Kad Pengenalan merupakan satu perkara yang amat penting dan perlu dititik beratkan. Apabila sudah cukup umur, setiap individu yang berwarganegara Malaysia perlulah membuat kad biru yang memaparkan identiti dan menyimpan maklumat peribadi ini.
Kad ini boleh dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara apabila rakyat Malaysia mencapai umur 12 tahun ataupun darjah 6. Untuk kali ini, individu tersebut adalah perlu dibawa memandangkan perlu diletakkan gambarnya di ruangan hadapan. Berbeza dengan kad pengenalan kanak-kanak memandangkan tiada muka dipaparkan.
Namun untuk membuat kad pengenalan ini perlu lah ada penjaganya. Apa yang lebih penting adalah ibunya sendiri. Sebagai ibu mereka perlu ada bagi memudahkan proses membuat IC (Indentity Card) ini.
“Adik, Cuba Cari Mak..” Anak & Ayah Gagal Buat Kad Pengenalan Kerana Ibu Tak Datang
Berkenaan dengan Kad Pengenalan ini, ada sebuah kisah sedih yang dikongsikan oleh mgpapapika berkenaan dengan seorang ayah yang membawa anaknya untuk membuat kad pengenalan.
Namun proses tersebut gagal kerana ibu kandungnya tidak hadir bersama. Manakala ayah nya itu pula adalah ayah tiri. Jadi tiada penjaga kandung yang hadir bersama.
Menurut si ayah, dia dan ibu kanak lelaki itu sudah lama berpisah dan anaknya itu pula dijaga sepenuhnya oleh si ayah memandangkan ibunya sudah tidak mahu apa-apa lagi.
Ekoran itu, Kad Pengenalan tersebut tidak dapat dibuat. Menurut pegawai yang bertugas pula, jika mahu teruskan perlu dapatkan surat Mahkamah. Selagi belum dapat, proses untuk membuaft IC tidak dapat untuk diteruskan.
Mendengar apa yang diberitahu oleh pekerja di situ, si ayah kemudiannya meminta anaknya mencari ibunya serta memujuknya datang.
Entah apa yang anak tersebut rasakan saat berada di situ. Pasti hatinya meronta, menangis setelah mendengar apa yang dikatakan oleh pegawai tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warganet. Ada yang berasa kasihan dan menulis, bukan ini sahaja namun ramai kawannya yang broken family turut melalui kesusahan yang sama.
“Bukan ni je ramai kawan sy yg broken family bila nak buat ic susah sangat macam2 kena ada. Bila mak ayah tak urus anak yg 12tahun kena pandai2 sendiri settle”, tulis Subhailasupian.
CEO Yong Perak turut meluahkan rasa kasihan kerana dijaga oleh bapa tiri dan mendoakan semoga dipermudahkan. “Kesiannya bapa tiri yang jaga. Semoga dipermudahkan”.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman melalui situasi yang sama namun JPN tempatnya okay sahaja. Pada ketika itu dia hanya bawa anak tiri sahaja.
“JPN tempat saya okay je. Saya bawak anak tiri buat IC. Alhamdulillah semua urusan baik dan settle. Waktu nak ambik IC je kena isi borang khas penjaga”.
Walaubagaimanapun, semoga urusan si ayah dan adik ini dipermudahkan. Sudahlah kehidupan tanpa ibu kandung sukar ditambah pula dengan masalah sebegini. Semoga ada cerita dan kisah yang lebih indah selepas ini.
Sumber: mgpapapika
Baca juga: Diperli Jururawat Kerana Hamil Jarak Dekat, Ibu Ini Pernah Niat Gugurkan Kandungan