Menduduki Tempat Ke-70, Malaysia Lebih Gembira Dari China Tapi Tak Segembira Singapura Menurut Laporan Kegembiraan Dunia


Malaysia menaiki 11 anak tangga berbanding tahun lepas dalam Laporan Kegembiraan Dunia (World Happiness Report) oleh United Nations Sustainable Development Solutions Network.

Negara ini sudah menyaksikan kejatuhan tahap gembira sejak empat tahun lepas. Pada tahun 2018, Malaysia mengungguli kedudukan ke-35 negara paling gembira di dunia, namun menjunam ke tangga 80 pada tahun 2019 dan tangga ke-82 pada tahun 2020 dan tangga ke-81 pada tahun lepas.

Laporan Kegembiraan Dunia ini dikeluarkan sempena Hari Gembira Sedunia (International Day of Happiness) pada 20 Mac lalu.

Ranking dan skor yang diberikan kepada setiap negara didasarkan daripada pengumpulan data purata selama 3 tahun lepas.

Pada tahun ini, Malaysia muncul pada kedudukan ke-70 daripada 146 negara dengan peningkatan skor 5.711 berbanding 5.384 tahun 2021.

Laporan Kegembiraan Dunia mencatatkan Malaysia pada kedudukan ke-70

Macam Mana Kegembiraan Diukur dalam Laporan Kegembiraan Dunia ?

Penilaian dalam laporan tahunan ini dirangka berdasarkan enam faktor iaitu GDP per kapita, sokongan sosial, kebebasan memilih gaya hidup, jangkaan hidup sihat, kemurahan hati , persepsi pada rasuah dan distopia.

Ranking ini turut menyaksikan dominasi negara Finland (skor 7.821) yang kukuh di tempat pertama selama 5 tahun berturut-turut diikuti dengan Denmark (skor 7.636) dan iceland (skor 7.557).

Negara lain yang berada dalam ranking Top 20 (mengikut turutan) adalah Switzerland, Netherland, Luxembourg, Sweden, Norway, Israel, New Zealand, Austria, Australia, Ireland, Jerman, Canada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Republik Czech, Belgium dan Perancis.

Di Asia Tenggara pula, Singapura muncul sebagai negara paling gembira pada kedudukan ke-27. Ini diikuti dengan Filipina (tempat ke-60), dan Thailand (tempat ke-61).

Negara Apa Yang Paling Sedih ?

Dalam Laporan Kegembiraan Dunia 2022, antara negara yang paling tidak gembira menurut laporan ini adalah Afghanistan (tempat ke-146), Lebanon (tempat ke-145), Zimbabwe (tempat ke-144), Rwanda (tempat ke-143) dan Botswana (tempat ke-142).

Sedang dunia dilanda wabak Covid-19 sejak tiga tahun, laporan ini turut mencatatkan peningkatan tahap stres bagi kebanyakan negara. Data emosi individu dan penilaian hidup mendapati wabak covid-19 telah menjejaskan ramai warga dunia dari segi kesihatan dan kestabilan hidup.

Secara keseluruhan, data emosi individual melihatkan peningkatan sebanyak 8% akibat perasaan risau dan sedih yang melanda ramai berikutan pandemik yang menjejaskan kehidupan segenap masyarakat.

Meskipun begitu, laporan ini menyaksikan jurang hidup warga dunia yang semakin rapat sejak tahun 2011 lebih-lebih lagi di Afrika Sub-Sahara, Timur Tengah dan Utara Afrika, Amerika Latin, serta Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat