BNI Primera Buka Peluang Usahawan Lebih Berjaya

Sumber Rujukan : SINAR HARIAN 7 Feb 2017

Image may contain: 1 person, smiling, closeup

AZURA HANIM HASHIM adalah usahawan online juga merupakan NLP Coach dan pakar analisa tulisan tangan.  Beliau mempunyai minat mendalam untuk membantu usahawan baru meningkatkan kecekapan dan kemahiran mereka secara langsung meningkatkan potensi mereka. Azura menamatkan pengajian MBA dalam Pemasaran Antarabangsa (UPM) dan di peringkat akhir menyiapkan PhD, juga khusus dalam Pemasaran Antarabangsa.

Azura diperakui sebagai ‘trainer’ terlatih dan suka untuk membimbing usahawan. Beliau percaya bahawa setiap individu mempunyai potensi sendiri. Beliau percaya bahawa latihan adalah satu platform terbaik untuk memahami kekuatan individu dan menjadi orang yang hebat.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor korporat dan syarikat multinasional. Antara jawatan terakhir beliau ialah Ketua Bahagian Hartanah dan perolehan tapak (Jabatan Teknikal) di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka negara. Kini, beliau merupakan pensyarah di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya. Antara subjek yang beliau mengajar adalah ‘e- marketing dan asas pemasaran.

Azura juga sangat aktif sebagai usahawan yang berpusat di Shah Alam. Beliau percaya dengan pelbagai industri pengalaman, dia boleh membantu lebih ramai orang untuk menjadi lebih berjaya dalam hidup dengan itu menyumbang kepada organisasi dan negara secara keseluruhannya.

Azura selaku pemilik syarikat Medipro Ventures Sdn Bhd yang merupakan duta bagi syarikat BNI Business Network Sdn Bhd.

BNI Business Network Sdn Bhd membuka peluang usahawan perlbagai bidang untuk menyertai komuniti bisnes usahawan sepenuhnya bahasa Melayu iaitu BNI Primera,


Pengarah Perundingnya, Azura Hashim berkata, komuniti itu bertujuan membantu menyokong rakan-rakan usahawan mengembang dan meningkatkan perniagaan yang menekankan falsafah untung memberi.

“Kelebihan jaringan perniagaan BNI ini, ia dapat membantu usahawan untuk lebih berjaya mengembangkan perniagaan dan turut sama membantu rakan lain lebih berdaya maju.

“Terdapat banyak usahawan berbeza bidang yang turut sama menyertai komuniti BNI ini dan ramai di kalangan mereka berjaya tembusi pasaran antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, sudah ada lebih lima segmen bahasa Melayu antaranya

  1. BNI Primera, https://www.facebook.com/BNI-Primera-KL-Malaysia-1027095134026526/
  2. BNI Solusi, https://www.facebook.com/bnisolusi/
  3. BNI Perdana, https://www.facebook.com/bniperdana/
  4. BNI Ikon, https://www.facebook.com/BNI-IKON-KL-Malaysia-904028499646729/
  5. BNI Spektra,

“Tiada beza setiap segmen, cuma masing-masing ada kekuatan sendiri. Misalnya BNI Solusi, ramai usahawan terdiri di kalangan mahir dalam bidang hartanah.

“Bagi segemen Primera, terbuka kepada mana-mana usahawan ingin melihat perniagaan mereka keluar dari kepompong kebiasaan kepada lebih menyerlah dengan bantuan rakan-rakan usahawan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah bersama, Azean Majid berkata, bagi usahawan yang mahu menyertai komuniti BNI itu, ada bayaran dikenakan untuk yuran tahunan.

“Bayaran termasuk yuran tahunan dan kelengkapan disediakan pada pertemuan BNI sekali seminggu.

“Bayaran dikenakan untuk memberi kesungguhan kepada usahawan agar mereka komited dengan usaha yang akan dijalankan dan bersama berusaha untuk terus berdaya maju di kala ekonomi mencabar ini,” katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat