Makanlah Apa Yang Ibu Anda Masak , Mungkin Itu Masakan Yang Terakhir


Status hari Ahad ini, kita melankolia sikit.

***

Tahun ni, tahun keempat tinggal berasingan dengan mak. Kami sempat tinggal setahun di dalam bilik kecil di tingkat atas, sebelum punya keberanian untuk keluar menyewa walaupun dua-dua bekerja sendiri dan entah… rezeki Afia.
.

Duduk asing ni, paling aku rindu…

… masakan mak.
.

Kadang singgah kejap hantar barang ke, hantar Ephyra ke (mak suka minum bila sakit lutut dia berkurang, kulit dia lembap, tak cepat letih)… aku paling mengharap ada benda bawah tudung saji.
.

Hari itu bila angkat tudung saji, ada lempeng sekeping dengan satu mangkuk sambal ikan bilis.

190845n511sg1hgegw1gfj

Ya Allah, menangis hati ni bila nampak. Sebab rindu dan suka sangat lempeng cicah sambal ikan bilis mak. Menangis gumbira.
.

Walaupun nak cepat, laju-laju basuh tangan, duduk sipi punggung makan sampai habis, dan terus basuh pinggan sebelum mak keluar dari bilik. Salam mak, dan sambung buat kerja sendiri. Pergi pos ke, apa yang patut.
.

Kadang datang selepas dah kenyang. Tak mengharap mak masak ke, minta mak masak itu ini ke, sebab tahu… mak penat. Kemas rumah, jaga kucing yang lima ekor tu, sidai kain, angkat kain, lipat kain. Mop lantailah, apalah. Jenis tak reti duduk diam.
.

Kadang datang memang lapar. Mak pulak datang mood dia nak memasak. Penuh satu meja. Kami ni muka acah cool, tapi bila siap je lauk terakhir, minta izin, “Mak, makan dulu eh.” Sebab mak suka makan lepas maghrib. Kadang aku tengok dia tak makan pun.
.

Dan bila kami makan, serupa tak makan seminggu. Kadang bertambah, kadang tidak sebab memang dah tahu tahap lahap macam mana, terus ambil nasi menggunung.
.

Sedapnya makan lauk dan nasi panas-panas. Kalau ada gulai ayam, mak goreng pulak ikan masin PERGHHHH terus tak ambil ayam tu, makan kuah gulai dengan ikan masin saja pun sedap jilat jari. Lepas tu baru ambil ayam, buat ratah haha.

P1280001

Aku selalu jadi orang terawal dan terakhir di meja makan. Makan perlahan-lahan, tak sopan pun kena steady. Nikmati tiap air tangan mak sebab balik kang takdo eh. Melainkan ada lebih, mak kasilah tapau sikit bawak balik.

 

Tapi….
.

Kami sahaja yang begitu.
.

Yang lain….
.

Kena panggil berkali-kali baru turun makan. Dah turun pun rupanya dah siap berhensem bagai, nak keluar dengan kawan katanya. Lepak mamak.
.

Adik-adik,

Maaflah aku tulis sini. Sebab aku pernah jadi macam kau semua. Kita pernah duduk serumah, dan aku pernah lupa satu nikmat yang masih ada.
.

Air tangan mak.
.

Sementara mak masih ada, dan pada usia tua dia masih mahu nak memasak untuk perut kita sedangkan kita semua dah besar lebar panjang, bukan untuk suami pun sebab suami dia dah tak ada…

… nikmatilah.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Lepas jadi ibu, aku pun baru faham satu lagi perkara.
.

Apabila dah jadi ibu, aku sangat mahu isi rumah makan masakan aku dalam keadaan masih panas berasap.
.

Waktu itulah masakan aku paling segar, paling sedap untuk suami dan anak aku.
.

Dan ada masa, aku pun tak lalu makan apa yang aku masak. Tapi aku suka duduk juga semeja, sebab nak tengok muka keluarga aku makan beria-ria. Kadang sengaja aku letak nasi sikit, supaya mereka minta tambah dan tambah dan tambah.
.

Aku rasa bahagia tengok masakan aku buat mereka gembira, buat mereka kenyang. Kalau jari sakit terhiris pisau, lengan pijar terkena minyak, lidah pedih dek nak pastikan cukup rasa… semua itu hilang bila tengok mereka makan.
.

Aku dah faham apa perasaan mak. Aku dah faham kenapa dulu aku kena marah dengan abah bila mak masak tapi aku tak nak makan. Aku lebih nak main di luar dengan kawan-kawan. Aku takkan lupa kenangan tu, aku paksakan juga makan nasi dengan linangan air mata.
.

Sebab arwah abah pun tahu mak masak susah payah, dan hanya akan gembira apabila anak-anak makan sama. Abah masak pun kita kena makan walaupun nasi goreng abah adalah nasi goreng paling sepah pernah aku tengok. T_T Tapi entah macam mana boleh sedap.
.

Aku rindu nasi goreng abah.

maxresdefault

Dan aku akan rindu lempeng sambal ikan bilis mak, gulai ayam mak, sayur goreng jawa mak, rendang daging mak, asam pedas mak, ayam tomato mak, hatta air teh yang mak selalu buat tiap petang. Aku buat guna uncang yang sama, gula yang sama, dan air jug yang sama pun tak rasa sama macam mak buat.
.

Sebab itu aku sedih sangat… bila mak masak, kau orang tak sentuh sikit pun. Tak berlari turun, tak terus duduk semeja. Tak excited. Keluar lepak dengan kawan lagi ada.
.

Mak tak tunjuk kecewa dia, aku pun tak tahu mak kecewa ke tidak. Tapi naluri keibuan aku kata, aku akan sedih kalau itu yang jadi pada aku nanti.
.

Adik-adik,
.

Makanlah sampai habis, sampai bahagian aku pun tak ada bila aku datang sekali-sekala, asalkan kau makan yang panas-panas tu, dan cakap betapa sedapnya air tangan mak.
.

Mak kita kadang buat dono je sambil tengok K-drama, tapi kau lah yang akan teringat-ingat bila si tua itu tiada lagi bersama kita.
.

Hargailah.
.

Sementara dia masih ada.
.
.

Yang ikhlas,
Akak kau.
– Siyut sendiri tertacing. Y_Y

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat