Muzzhafar Mustapah, Pemilik Bengkel Kereta Mewah Eurowerks Berumur 26 Tahun

Sumber Rujukan : hmetro

Pada masa kini meminati satu bidang bukan salah satu jalan untuk berjaya dengan ekonomi yang tidak menentu bukan lagi boleh dijadikan kunci untuk kita mengambil bidang yang diminati. Namun bukan semua bertanggapan begitu ada yang berjaya dalam bidang yang diminati tetapi memerlukan kerja keras dan usaha tidak henti-henti dengan umur yang muda seperti Mohd Muzzhafar Mustapah, 26, yang juga pemilik bengkel kereta Eurowerks di Subang Jaya yang berjaya membuktikan usia muda tidak menjadi penghalang untuknya mengecapi kejayaan.

 pemilik bengkel kereta Eurowerks di Subang Jaya yang berjaya membuktikan usia muda

Memasuki bengkel Eurowerks, ruang bengkel itu dipenuhi pelbagai jenis kereta daripada kereta sedan keluaran tempatan hinggalah kereta mewah dan berkuasa tinggi seperti Lamborghini, Ferrari, Porsche, Mercedes, Audi dan BMW.

Eurowerks Sdn Bhd, sebuah syarikat Bumiputera berdaftar dan Mohd Muzzhafar sudah memulakan bengkel itu sejak 2010 dengan menyediakan kepakaran dalam penyelenggaraan, membaiki dan menaik taraf prestasi semua jenis kereta.

Mempunyai latar belakang dalam bidang permotoran, pernah memasuki pertandingan Petronas Driving Experience dan aktif bermain go-kart membuahkan minat kepada anak muda ini berjinak-jinak membuka bengkel kereta.

Menurut Mohd Muzzhafar, pada mulanya pelbagai cabaran perlu ditempuh terutama untuk mendapatkan keyakinan pelanggan mengenai kepakaran bengkelnya.

“Syukur, lama-kelamaan kami semakin mendapat kepercayaan pelanggan yang banyak memberikan komen positif selain turut membantu mempromosikan bengkel ini kepada kenalan mereka.

 pemilik bengkel kereta Eurowerks di Subang Jaya yang berjaya membuktikan usia muda

“Saya percaya dengan kuasa pengiklanan seperti itu kerana ia lebih telus dan pelanggan boleh menceritakan pengalaman mereka sendiri tanpa sebarang paksaan,” katanya.

Menurutnya, Eurowerks berbeza daripada bengkel lain kerana dari luar, pelanggan mungkin tidak sedar lokasi itu sebuah bengkel.

“Dari depan bangunan ini kelihatan seperti sebuah kafe dan inilah pendekatan yang saya lakukan untuk tampil berbeza.

“Car’s Kitchen bagaikan menyambut pelanggan yang datang dengan menyediakan pelbagai menu lazat sementara menunggu kereta mereka siap di bengkel,” ujarnya.

Menurut Mohd Muzzhafar, Car’s Kitchen itu diusahakan oleh kakaknya dan pihaknya sentiasa memastikan pelanggan selesa terutama kepada wanita yang datang untuk menemani suami atau teman.

pemilik bengkel kereta Eurowerks di Subang Jaya yang berjaya membuktikan usia muda

Teknologi Penalaan Cip

Berbeza dengan bengkel persendirian lain yang khusus pada satu jenis kereta, bengkel terbabit berkonsep bebas yang dibuka untuk semua jenis kereta di pasaran.

“Namun kepakaran kami adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik terutama kepada kereta kontinental atau dari negara Eropah.

“Antara perkhidmatan yang disediakan sebagai pusat sehenti kereta termasuk penyelenggaraan, pembaikan, penalaan enjin, khidmat cuci kereta, perincian auto dan mengecat badan kereta,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga menawarkan pengoptimuman perisian yang inovatif dan generasi terbaru penalaan cip untuk kereta penumpang, kereta lumba, lori, kenderaan perdagangan, van, kenderaan pertanian dan camper van pada harga berpatutan.

“Kualiti tertinggi teknologi penalaan cip adalah hasil daripada penyelidikan kami sendiri.

“Pengoptimuman perisian dan penalaan cip membolehkan peningkatan sehingga 30 peratus dalam prestasi, kuasa sesebuah kenderaan,” ujarnya.

pemilik bengkel kereta Eurowerks di Subang Jaya yang berjaya membuktikan usia muda tidak menjadi penghalang untuknya mengecapi kejayaan.

Tambahnya, kenderaan akan meluncur lebih laju dan ia akan menjadi lebih tangkas. Penggunaan minyak petrol atau diesel juga mungkin akan menjadi lebih rendah dan pada masa sama, ia meningkatkan keseronokan memandu.

“Perisian eco-version di Eurowerks mengutamakan pengurangan secara semula jadi penggunaan minyak petrol atau diesel sesebuah kenderaan sehingga 15 peratus dengan gaya pemanduan tidak berubah.

“Saya mempunyai 18 kakitangan termasuk pencuci kereta dan mekanik pula dihantar menghadiri kursus kemahiran dan perisian terbaru,” katanya.

Mohd Muzzhafar berkata, bagi memastikan segala urusan kerja berjalan lancar dia mengadakan mesyuarat dan pertemuan setiap pagi untuk mengetahui perkembangan terbaru bengkel.

“Dengan cara bekerja begini, kami dapat memantau perkembangan kerja, memantau kemajuan pekerja dan mengawal kualiti perkhidmatan.

“Di samping itu saya sering mengingatkan antara satu sama lain supaya bekerja sebagai satu kumpulan. Dengan cara ini, kami sentiasa memperbaiki diri, menolong satu sama lain dan sentiasa kompetitif dalam bidang ini agar sentiasa relevan dalam kalangan pelanggan,” katanya. – Siti Nadirah Hafidzin

Satu komen untuk “Muzzhafar Mustapah, Pemilik Bengkel Kereta Mewah Eurowerks Berumur 26 Tahun”

  1. Muhamad rosli says:

    Saya muhamad rosli bin suhaimi, fresh graduate from kolej mighty skill automotif skm 3, boleh ke saya memohon bekerja di bengkel encik? Saya berminat. Email muhamadrosli3078@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat