14 Teknik Membuat Copywriting Yang Baik Oleh Pakar

Sumber Rujukan : Haryzat Zulhazry

Berikut ialah perkongsian dari saudara Haryzat bagaimana untuk membuat copywriting yang baik untuk web jualan anda. Untuk makluman, saudara Haryzat merupakan usahawan online yang sangat berjaya dengan jualan ebook beliau “Rahsia Bisnes Kerajaan” mendapat sambutan yang luar biasa dari netizen. Ikuti perkongsian beliau berkaitan teknik membuat copywritting yang baik:

Sebelum ni ramai yang jumpa ada bertanya macam mana nak tulis copy panjang-panjang dan kadang tak ada idea. Sebenarnya sampai satu tahap kalau nak tulis copywriting yang panjang bukan lagi perlu ‘Seni’ tapi just follow the sequence block.

copywriting flow

BTW berikut adalah beberapa sequence block template yang saya selalu gunakan dan framework sesuatu copywriting saya bagi penulisan ayat menjual di landing page/website. Check it out:

1- Headlines Yang Menarik ( Ada Number, Fact & Time )
2- Intro ( The Pain )
3- What if ( Apa jadi kalau saya ada solusi/strategi )
4- Solution Introduction ( Memperkenalkan solusi/penyelesaian )
5- The Product USP/Benefit ( Cerita pasal Offer/Solution content )
6- Proof/Social Proof ( Testimonial / Feedback )
7- Real Deal/Real Person ( Tunjukkan Produk/Solution ini benar. Anda adalah orang yang benar )
Untuk point -7. Andai perlu kita perkenalkan diri kita masa ini adalah yang terbaik. Kita tunjukkan yang kita adalah satu identiti yang authentic dan bukan rekaan. Selain itu boleh tunjukkan produk dan bisnes kita adalah benar seperti lokasi perniagaan dan sebagainya.
8- Soft Closing ( Start mula ayat closing sikit-sikit )
9- BONUS ( Free Gift and etc )
10- Eliminate Objection ( Membuang/Menghapuskan bantahan pembeli )
Point 10- Kita boleh assume yang kemungkinan produk kita akan ditolak pelanggan kerana sebab apa cntoh harga, kualiiti dan sebagainya. Jadi di dalam blok ini cuba tekankan kenapa harga sebegitu, kenapa dibuat kualiti sebegitu dan seumpamanya. Buat perbandingan elemen harga dan ciri-ciri produk/service kita dengan pesaing.
11- Jual Mahal ( Jika prospect masih tak suka suruh mereka berlalu/abaikan offer kita )
12- Hard Sell ( Firm close. Buy Now )
13- Post Script –Berikut ialah contoh post script :
Post script ni rumusan kepada surat jualan yang panjang lebar tu.
Contoh:
P.S. Ebook xxxxx ini adalah casestudy yang sangat berharga buat saya. Ianya amat bernilai tinggi dan amatlah rugi jika anda tak grab sekarang sebelum laman web ini lenyap dari alam maya
P.S.S. Jika anda rujuk kepada testimoni yang saya tunjukkan di atas, teknik yang saya bongkarkan memang berkesan untuk sesiapa sahaja praktikannya. Adakah anda orang yang berjaya seterusnya?
14- F.A.Q

copywriting daily rakyat

Kalau tak faham boleh tanya di ruangan komen. Pasal ni just simple sharing. Actually it just framework template. Kita follow sahaja sequence block cuma ayat bunga sahaja yang perlu kreatif. Kita juga boleh main-main ubah susunan flow nya mengikut kesesuaian tone copywriting dan objektif copywriting kita. InsyaAllah copywriting panjang semua orang boleh buat.

Tonton video dibawah:

Satu komen untuk “14 Teknik Membuat Copywriting Yang Baik Oleh Pakar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat