Saya Berulang Kali Ingatkan Pemerintah Dahulu Namun Tapi Tidak Didengar – Nazir Razak

Sumber Rujukan : Astro Awani

Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, yang juga merupakan adik kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, Tindakan pemimpin dahulu yang terlalu tegar dan mengutamakan kepentingan diri disifatkan sebagai punca usaha mencorak perubahan Malaysia ke arah yang lebih baik gagal antara punca utama kerajaan dulu ditolak oleh rakyat.

Beliau telah berulang kali menganjurkan agar dilakukan pembetulan secara keseluruhan terhadap pemerintahan negara, namun tidak dipedulikan pemerintahan dahulu.

”Saya sudah mencuba banyak kali untuk menegur pentadbiran dahulu, yang Malaysia perlu diperbetul, namun ia gagal disebabkan ketegaran dan kepentingan diri pemerintah lama.”

“Kini anda boleh!” tulis Nazir yang merujuk kepada penubuhan kerajaan baharu di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Malaysia, ikon demokrasi baharu,” kata Nazir

Dr Mahathir dan ayahnya mempunyai tekad yang sama dan sanggup berkorban demi membina negara. Di akhir postingnya turut mendoakan kejayaan kerajaan semasa dalam mencorak “Malaysia baharu”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat