Bukan Sahaja Diculik, Adik Fawaz Turut Diseksa Bagi Dapatkan Wang Tebusan


Sedang dunia masih lagi meratapi kisah pemergian adik Rayan yang terperangkap pada kedalaman 32 meter sebuah perigi kering di Maghribi. Dunia sekali lagi digemparkan dengan kisah menyayat hati yang menimpa adik Fawaz, seorang kanak-kanak malang di Syria.

Kisah ini sudah pasti bakal meruntun jiwa kita. Tatkala kita masih lagi mampu berseronok dan bergembira bersama keluarga, lain pula kisah yang dialami oleh kanak-kanak ini.

Gambar Adik Fawaz

Fawaz atau nama penuhnya Fawaz Muhammad al-Qatifan, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang diculik oleh sekumpulan penjenayah di Daraa, Syria. Dipercayai, dia diculik ketika perjalanan pulang dari sekolah sejak November tahun lalu

Walaupun berada di tangan penjenayah selama tiga bulan, namun khabar bagi menyelamatkan kanak-kanak itu masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Menyedihkan, mangsa bukan sahaja diculik tetapi turut diseksa dan didera bagi mendapatkan wang tebusan. Tidak cukup dengan itu, ia juga turut dirakam dan seterusnya dihantar kepada keluarga mangsa.

Video adik Fawaz yang diseksa adalah bertujuan memberi tekanan kepada keluarga mangsa untuk menyediakan 500 million Syrian Pound sebagai ganti pembebasan.

Selamatkan Adik Fawaz

“Demi Allah, Jangan Pukul Saya”- Adik Fawaz

Lebih menyayat hati, ketika diseksa, adik Fawaz sempat merayu kepada kumpulan penculik supaya berhenti menyeksanya atas kesucian nama Allah. Tetapi ia tidak diendahkan sama sekali.

Melalui video yang dihantar, kelihatan tubuh kecil Fawaz yang tidak bermaya dipukul bertalu-talu oleh penculik kejam dan tidak bertanggungjawab.

“Terima Kasih Atas Solidariti Anak Saya”- Bapa Adik Fawaz

Melalui perkongsian video terkini daripada bapa mangsa, mereka telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang dan keluarga Al-Qatifan akan melengkapkan jumlah wang tersebut bagi membebaskan Fawaz.

Melalui perkongsian itu, bapa mangsa juga sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang berdiri dalam solidariti kes anaknya itu. “Setiap orang yang yang telah menunjukkan solidariti dengan kami, walaupun dengan satu perkataan, tuhan memberkati kamu” tambahnya.

Bantuan Allah bakal tiba untuk Adik Fawaz

Semoga Allah melindungi Adik Fawaz

Apa-apa pun kami di Daily Rakyat akan sentiasa mendoakan semoga Allah memelihara adik Fawaz dan dipermudahkan segala urusan adik Fawaz dan keluarganya.

Oleh itu, kami menyeru agar semua muslim dari segenap penjuru dunia menggunakan senjata doa, agar Fawaz kembali ke pangkuan keluarga. Bantuan Allah pasti akan tiba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat