Punca Kita Hilang Keyakinan Diri Adalah Berat Badan Yang Berlebihan. Tips Mengurangkan Berat Badan Untuk Anda Yang Ingin Berubah

Sumber Rujukan : Blog/ SirapLimau

Tips Mengurangkan Berat Badan

Salah satu punca kita hilang keyakinan diri adalah Berat Badan yang berlebihan. Lebih-lebih lagi kerja yang memerlukan kita berjumpa dengan orang ramai. Kita sering kali kehilangan self confident apabila kita berhadapan dengan orang lain kerana bentuk fizikal kita yang berlebihan.

Dah bermacam-macam produk kita cuba. Bermacam-macam jenis senaman juga kita sudah buat namun tidak memdatangkan sebarang hasilkan. Ramai yang berkongsi tips dan produk-produk yang mampu membantu untuk menurunkan berat badan kan?

Kali ini admin nak kongsikan tips bagaimana untuk kurangkan berat badan anda secara semulajadi. Namun kita harus ikuti langkah ini secara berterusan dan haruslah bersemangat. Mungkin yang sudah mencuba akan mengatakan ia tidak berkesan tetapi ia juga bergantung pada metabolisma badan kita. Jadi kita jangan lah mudah putus asa. Kejayaan sudah pastinya memerlukan pengorbanan.

 

Berat Badan

Antara tips yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

1. ELAKKAN MAKAN MALAM

Jom kita cuba tips yang pertama ini. Elakkan makan waktu malam kerana badan memerlukan masa 4 jam untuk mencerna makanan. Jika tidak sempat dicerna, ia akan jadi lemak!

Ramai yang tidak tahu, makan pada waktu malam selalunya antara larangan paling utama bagi mereka yang dalam usaha menguruskan badan. Namun pakar nutrisi kini tahu bahawa adalah baik ‘mengorbankan‘ diet dengan makan makanan seimbang pada waktu malam daripada tidak makan langsung atau makan manakan ringan yang langsung tidak seimbang. Sebaik-baik snek pada tengah adalah secucuk string cheese, sesudu mentega kacang di atas sekeping buah-buahan ataupun semangkuk kacang edamame.

 

2.  JAUHKAN DIRI DARI GAJET DAN TV

Haa…mungkin tips ini mengejutkan anda semuakan dan mesti ada yang mengatakan ia tidak masuk akal kan?Tahukah anda menurut satu kajian, makan sambil menonton televisyen sebenarnya akan mengambil 40% lebih banyak kalori daripada biasa. Malah makan sambil berSMS, memandu atau lain-lain aktiviti akan menyebabkan kita mengambil kuantiti makanan yang lebih dari biasa. Hal ini kerana kita terlalu asyik dengan gajet sampai kita tidak perasan kuantiti makanan yang telah kita makan. Jadi, sebaik-baiknya ambil makanan, duduk dan terus makan walaupun anda makan seorang diri.

 

3. TIMBANG BERAT SETIAP HARI

Timbang berat anda setiap hari bukan bertujuan untuk melemahkan semangat anda sekiranya tiada perubahan. Malahan ia haruskan dijadikan panduan dalam menjaga pemakanan seharian anda. Jika berat badan anda naik beberapa hari berturut-turut, ini bermakna anda perlu kurangkan atau lebihkan sedikit senaman harian anda. Jadikan ia sebaga satu kayu ukur untuk anda mencapai misi untuk kurangkan berat badan anda semua.

 

4. SENAMAN REGANGAN 3 KALI SEMINGGU

Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa tidak mempunyai masa untuk bersenam kan. Sebenarnya nak seribu daya taknak seribu dalih untuk berjaya. Lakukan senaman ringan seperti tekan tubi, lunges atau squats sekurang-kurangnya selama 5 minit selang 30 saat. Senaman ini boleh dilakukan shaja dirumah anda dan anda boleh memilih untuk melakukan senaman yang tidak menggunkan terlalu banyak peralatan. Senaman ini akan membantu membina dan mengekalkan jisim otot. Lebih banyak otot, lebih tinggi kadar metabolisme seseorang. Jadi lebih banyak kalori dapat dibakar dalam sehari.

 

5. SIBUKKAN DIRI SENDIRI

Kadangkala sedang kita duduk bersantai pasti akan terasa seperti mahu makan sesuatu. Setiap kali terasa ‘nak mengunyah’, pastikan anda sibukkan diri sendiri seperti hubungi rakan dan berbual dengan mereka. Hal ini dapat melupakan anda seketika daripada rasa ingin “mengunyah”. Anda juga boleh melakukan aktiviti yang dapat membuatkan anda sibuk dan membuat anda khusyuk dan semestinya akan membuat anda lupa tentang makan. Kebiasaannya keinginan ‘nak menguyah’ ini hanya selama 5 minit sahaja. Selepas itu keinginan akan hilang.

 

6. MAKAN SARAPAN DALAM KUANTITI YANG BANYAK

Mungkin ada yang tidak percaya bahawa makan pagi dapat mengurangkan berat badan. PERCAYA lah, makan pagi dapat membantu anda mengurangkan berat badan. Hal ini kerana sarapan pagi dapat membantu metabolisma anda “bangun” untuk memproses makanan menjadi tenaga. Proses ini lah yang akan memberikan anda tenaga seharian.

Kajian menunjukkan sarapan pagi biasanya terdiri daripada makanan yang penuh karbohidrat dan protein yang boleh menyimpan tahap gula dan tenaga supaya anda tidak terlalu lapar sewaktu makan tengahari. Anda mungkin boleh pilih seperti putih telur, roti gandum atau ayam panggang sebagai sajian sarapan anda. Jangan lupa tips mengurangkan berat badan ini. Pastikan bersarapan dan tidak biarkan perut kosong sebelum keluar rumah.

 

7. PASTIKAN CUKUP TIDUR

Menurut kajian, tidur 30 minit lebih awal dan bangun 30 minit lewat dari biasa sebenarnya dapat membantu anda membuat pilihan makanan yang betul. Di samping itu apabila anda mendapat rehat yang cukup, anda kurang terdedah kepada keletihan dan tekanan. Tekanan juga salah satu faktor yang boleh membuatkan berat badan anda meningkat. Jadi, anda kena lah mengahrgai masa rehat anda sebaik mungkin.

 

Kesimpulannya, anda tidak lah perlu terburu-buru untuk mengurangkan berat badan kerana ianya juga bergantung kepada kadar metabolisma individu itu sendiri. Yang paling utama anda perlulah sentiasa istiqamah dalam melakukan rutin seharian. Anda juga perlulah sentiasa bersabar dan jangan mudah terpengaruh dengan perkara yang boleh menjatuhkan semangat anda. Teruskan berusaha, pasti kejayaan milik anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat