Logo 1Malaysia UTC Diturunkan Untuk Logo Yang Baharu


Logo 1Malaysia di Pusat Transformasi Bandar (UTC) mendapati kerja-kerja menurunkan logo terbabit menggunakan dua kren bermula jam 11 pagi sebelum berakhir sejam kemudian Negeri Sembilan di Plaza Angsana, Ampangan.

Logo 1Malaysia gagasan yang cetusan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2009. Di bawah pimpinan yang baharu Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan akan menukar gagasan 1Malaysia kepada slogan baharu.

Pusat Transformasi Bandar (UTC) ialah tempat pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Lembaga Tabung Haji, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) serta kemudahan klinik UTC dan klinik gigi.

Selain itu, UTC yang bertujuan memudahkan urusan masyarakat dalam mendapatkan tempat untuk perniagaan juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat