Khasiat Kopi
Kopi adalah minuman yang sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat tidak kira di mana. Namun segelintir mendakwa kopi tidak elok malah tidak semua tahu bahawa kopi mempunyai khasiat yang tersendiri. Rasanya yang sangat sedap menyebabkan minuman ini menjadi pilihan ramai. Terdapat pelbagai khasiatnya, Antaranya adalah:
1. Memberi Tenaga Dan Meningkatkan Fungsi Otak
- Kopi membantu meningkatkan tahap tenaga kita. Menurut kajian, minumam berkafein ini mempunyai kesan yang baik terhadap peningkatan prestasi dalam tugas sama ada pada waktu siang mahupun waktu malam.
- Ia mengandungi perangsang yang dipanggil kafein iaitu sejenis bahan psikoaktif yang paling banyak digunakan di dunia
2. Kurangkan Risiko Diabetes Jenis II
- Penyakit ini berlaku kerana kandungan gula darah tinggi dan dalam masa yang sama berlaku ketidakupayaan untuk mengeluarkan insulin
- Orang yang banyak minum air kopi mempunyai risiko 23-50% lebih rendah untuk mendapat penyakit ini
3. Melindung Hati
- Beberapa penyakit yang biasa memberi kesan kepada hati, termasuklah hepatitis, penyakit hati berlemak dan lain-lain. Kebanyakan penyakit ini boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai sirosis
- Sirosis boleh di definasikan sebagai proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati berpunca dari pelbagai sebab
- Orang yang minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari mempunyai risiko 80% lebih rendah menghidap penyakit ini
4. Elak Kemurungan
- Masalah kesihatan mental yang biasa dialami oleh warga tua
5. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung dan Strok
- Kafein sering didakwa dapat meningkatkan tekanan darah. Perkara ini benar, tetapi kesannya adalah kecil (3-4 mm / Hg) dan biasanya hilang jika anda minum kopi secara teratur
- Kajian terhadap wanita yang minum kopi dan hasil menunjukkan risiko penyakit jantung berkurangan
6. Membantu Bakar Lemak
- Sumber semulajadi untuk membakar lemak
- Kajian menunjukkan bahawa kafein dapat meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 3-11%
Kesimpulannya
Banyak khasiat yang anda dapat dengan minum minuman kopi. Namun, adalah lebih elok sekiranya kandungan gula dan krimer dalam kopi yang anda minum juga dapat dikurangkan supaya kesihatan anda tidak terganggu.