“Lari 10 km Hilangkan Covid-19 ? Mengarut !” -Dr Rafidah Pelik Ada Juga Pesakit Covid Sebegini. Elok Ditangkap Sahaja !   


Ketika ini begitu ramai orang dijangkiti Covid-19. Seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), individu yang disahkan positif diminta untuk kuarantin kendiri di rumah (HSO) selama 7 hari.

Selain untuk mengekang penularan wabak, kuarantin kendiri ini juga memberi peluang kepada pesakit untuk cepat sembuh. Sesetengah orang sukar untuk kuarantin di rumah ketika positif disebabkan tiada keizinan dari majikan.

Namun, lain pula ceritanya tentang seorang pesakit Covid-19 yang tular di TikTok baru-baru ini yang tak sabar-sabar nak keluar berjoging ketika positif !

Kredit : TikTok @coachacap

Seorang pengguna TikTok @coachacap telah memuatnaik video pengalamannya pertama kali dijangkiti Covid-19. Pada hari pertama dijangkiti, dia rasakan sukar untuk tidur dan badan berpeluh busuk. Namun, pada hari kedua, dia bercadang untuk jogging di luar pada waktu petang.

Dia juga bersyukur kerana staminanya masih baik walaupun sedang dijangkiti Covid-19.

Selepas berjogging sejauh hampir 10 kilometer, dia pun ulangi ujian air liur kerana merasakan badan sudah agak sihat berbanding semalam.

Keputusan terbaru menunjukkan satu garisan menandakan negatif. Adakah ini cara terbaru untuk dapatkan keputusan negatif Covid-19 secara pantas ?

Lari 10 km Hilangkan Covid-19 ? Mengarut !

Video yang telah dimuatnaik ini mengundang pelbagai reaksi netizen. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Dr Rafidah Abdullah di Twitter.

Beliau menyifatkan cara pemuda ini adalah mengarut dan membahayakan kesihatan. Walaupun tindakan untuk lakukan ujian berkala adalah bagus, namun keputusan negatif tidak bermaksud virus langsung tiada, ya !

Menurut beliau, RTK Ag yang dilakukan oleh pemuda itu hanyalah saringan. Jika dilakukan ujian PCR, keputusannya masih positif.

Susah Sangat Ke Nak Suruh Berehat ?

Selain itu, pesakit Covid-19 juga perlukan rehat yang mencukupi, jaga pemakanan dan banyakkan minum air. Ini bagi mempercepat proses penyembuhan dan mengelak komplikasi lain seperti serangan jantung.

Dah kenapa pergi lari sampai 10 kilometer ?Selfish. Rehat, makan makanan sihat. Why is this too difficult ?” keluh Dr Rafidah.

Netizen juga bersetuju dengan kenyataan Dr Rafidah yang menyifatkan pemuda tersebut sebagai mementingkan diri.

Selain itu, netizen juga menyarankan pemuda tersebut untuk lakukan swab test PCR untuk keputusan yang lebih tepat kerana mengikut pengalaman mereka, ujian air liur ada kalanya kurang tepat.

 

 

Selain membahayakan kesihatan diri, pesakit juga didapati berisiko tinggi untuk menjangkiti orang lain pada hari pertama sehingga ketiga disebabkan kadar kebolehjangkitan yang sedang memuncak.

Buat pesakit yang sedang positif, Dr Rafidah turut berpesan untuk tidak keluar dan habiskan tempoh kuarantin seperti yang disarankan KKM.

Kesimpulannya, lari 10 km hilangkan Covid-19 adalah petua mengarut ! Jangan pula mudah terpengaruh dengan maklumat semberono sebegini, ya ! Silap haribulan anda sendiri yang susah nanti !

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat