“Kesiannya..” Kejadian Kereta Jatuh Dari Titi Usang Menimbulkan Ketidakpuasan Hati Orang Ramai
Kemalangan atau kecederaan merupakan salah satu kejadian yang kita tidak boleh halang dan elak. Kita hanya boleh berjaga-jaga dan berhati-hati dalam setiap keadaan. Lebih-lebih lagi ketika memandu kenderaan memandangkan risiko untuk berlaku kemalangan di jalan raya adalah lebih tinggi.
Nyawa penunggang motosikal ataupun pemandu kenderaan di jalan raya diibaratkan seperti berada di hujung tanduk sahaja. Bila-bila masa sahaja pertempuahan dan kemalangan boleh berlaku. Walau dalam jalan kampung sekalipun, jika Tuhan mengizinkan perkara tersebut berlaku, maka berlaku la ia tanpa disangka-sangka sedikit pun.
Bahkan sejak kebelakangan ini semakin banyak kemalangan ngeri dan menakutkan yang berlaku. Baru-baru ini baru sahaja berlaku kemalangan yang melibatkan ibu dan beberapa orang anak meninggal dunia.
“Kesiannya..” Kejadian Kereta Jatuh Dari Titi Usang Menimbulkan Ketidakpuasan Hati Orang Ramai
Malah terbaharu, berlaku pula kemalangan yang tidak meragut nyawa namun cukup menggerunkan. Bila mana ada pemandu wanita yang memandu kenderaan lalu terjatuh ke dalam sungai kerana titi yang dilaluinya sudah usang. Nasib juga sungai tersebut agak cetek airnya.
Tidak dapat diketahui dengan lebih lanjut sama ada titi tersebut sudah sememangnya tidak dibenarkan untuk dilalui ataupun tidak. Tidak dapat diketahui juga berapakah mangsa yang berada dalam kenderaan tersebut.
Walaubagaimanapun, kereta Axia yang bewarna putih itu dilihat terbalik di dalam sungai manakala pemandunya selamat dan dibawa ke tepi oleh orang ramai. Dapat dilihat juga titi tersebut mengalami kerosakan yang agak teruk.
Macam pelik je kereta boleh lalu..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh para penonton video berkenaan. Ada yang tidak berpuas hati dan bertanya apa peranan YB. Malah dalam masa yang sama, ada juga yang bertanya, kenapa tiada signboard tanda amaran jika kenderaan berat tidak dibenarkan untuk melaluinya.
“Sbb apa tak dak signboard tanda amaran tak dibenarkan kereta dan kenderaan berat lalu? Kalau org luar sedihnya”, tulis pemilik akaun TikTok Maroasaad997.
Tidak kurang juga ada yang berasa pelik kerana kereta yang menggunakan laluan titi tersebut dan menganggap mangsa adalah orang luar. “Mcm pelik je kete boleh lalu titi tu. Org luar agaknya”, tulis AH.
Di samping itu ada juga yang berasa kasihan kepada mangsa dan bertanya apakah titi tersebut boleh dilalui.
“Kesiannya..jarang titi kayu macam tu jadi laluan kereta” – Mummy Queen
“Memang laluan kereta ka situ?” – Mandonatello
Didoakan semoga mangsa dalam keadaan baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan. Semoga selepas ini ada tindakan yang sepatutnya yang dilakukan oleh pihak berwajib supaya yang lain turut tidak menjadi mangsa.
Sumber: TikTok penang_kini_official
Baca juga: “Adik, Cuba Cari Mak..” Anak & Ayah Gagal Buat Kad Pengenalan Kerana Ibu Tak Datang