Netizen Bengang Bos Tak Berhati Perut Musim Covid Ni. Kalau Susah Sangat Apply Home Quarantine Sendiri Sahaja Bila Positif !
Ketika Malaysia serta kebanyakan negara lain dilanda virus Omicron, makin ramai yang dijangkiti dan disahkan positif.
Pada saat ini pasti ramai orang terdekat kita yang turut disahkan positif walaupun sudah amalkan penjarakan sosial di samping mengambil vaksin serta suntikan booster.
Disebabkan kebolehjangkitan virus yang semakin tinggi sekarang, memang sukar untuk kita elakkan penyakit ini.
Anda dikira bertuah sebenarnya jika masih terselamat daripada wabak Covid-19 yang semakin mengganas. Apapun, bersyukur kepada Allah atas kesihatan yang diberikan sehingga ke hari ini.
Walaupun virus ini sudah sebati dengan hidup kita sekarang, ramai warganet yang mengeluh kerana perlu berhadapan dengan bos tak berhati perut apabila pekerja terkena Covid.
Menurut perkongsian dari Twitter Lumrah Lanyard, seorang pekerja telah berkongsi perbualan ketika ingin memaklumkan kepada boss yang dia disahkan positif.
Pekerja tersebut terkejut dengan respon dari majikannya dan menyifatkan bossnya sebagai seorang yang tiada empati.
Berikut merupakan isi perbualan pekerja tersebut dengan majikannya :
Bos Tak Berhati Perut Tunjukkan Macam-Macam Gelagat
Ciapan ini telah mendapat perhatian ramai warganet yang turut berkongsi pengalaman berbeza sesama sendiri.
Ada majikan yang tetap minta para pekerja untuk hadir ke pejabat walaupun ada yang sudah dijangkiti Covid. Yang lebih teruk lagi, majikan pula yang duduk di rumah.
Tak hanya itu, ada juga bos tak berhati perut yang mengasingkan pekerja positif dan negatif untuk datang kerja. Yang positif masuk shift malam. Yang negatif masuk shift siang. Macam ni pun boleh ke ?
Melihatkan ramai yang mengalami nasib tidak baik disebabkan bos yang tidak berhati perut, sesetengah warganet sempat berkongsi kebaikan bos masing-masing yang prihatin apabila pekerja disahkan positif.
Betapa beruntungnya mereka untuk bekerja dengan majikan yang baik hati dan bertimbang rasa !
Ada majikan yang siap mintakan claim PCR test daripada HR.
Bukan Semua Bos Tak Berhati Perut, Ada Yang Sangat-Sangat Supportive
Ada juga sesetengah boss yang sangat supportive dan memberikan peluang kepada pekerja untuk berehat dan hanya kembali ke tempat kerja selepas sembuh. Siap bertanyakan khabar lagi.
Seperti yang kita tahu, tempat kerja adalah tempat yang sangat mudah untuk seseorang dijangkiti Covid-19.
Disebabkan peningkatan kes yang mendadak di negara ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut memberi galakan kepada majikan untuk praktikkan semula amalan bekerja dari rumah bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Cara Apply Kuarantin Dari Rumah Untuk Kes Positif Covid di MySejahtera
Walaupun sesetengah majikan tidak peka tentang hal ini, sebagai orang yang bertanggungjawab, anda perlulah memainkan peranan untuk mengasingkan diri jika disahkan positif demi kebaikan semua.
Anda boleh ikuti langkah di bawah untuk apply kuarantin dari rumah menggunakan aplikasi MySejahtera.
Cara-caranya adalah seperti berikut :
- Pergi ke aplikasi MySejahtera dan tekan Close untuk ke laman utama.
2. Pilih Helpdesk untuk mula apply kuarantin dari rumah.
3. Tekan Start untuk mula gunakan kemudahan Helpdesk.
4. Scroll ke bawah kemudia pilih F untuk laporkan status positif anda di MySejahtera.
5. Masukkan butiran yang diperlukan. Sebaik sahaja anda tekan Next, anda akan diminta untuk jawab beberapa soalan.
6. Setelah selesai menjawab soalan, status anda di MySejahtera akan bertukar dalam masa 24 jam. Anda juga akan diberikan arahan kuarantin mengikut alamat rumah yang diberikan. Tempoh kuarantin juga akan dinyatakan pada arahan tersebut.
7. Anda juga boleh semak waktu tamat kuarantin di lampiran Home Isolation. Status Completed akan dipaparkan di bahagian kanan lampiran.
Pada 22 Februari 2022, negara kita telah mencatatkan 27, 179 kes positif serta purata 27,182 kes dalam 7 hari.
Sikap bos tak berhati perut ketika majikan dijangkiti Covid-19 menunjukkan mentaliti sesetengah majikan yang masih tidak prihatin akan kebajikan pekerja.
Bukanlah pilihan kita untuk kena Covid. Sebagai majikan yang prihatin, mereka perlulah tetapkan garis panduan terbaik kepada pekerja bagi membendung wabak ini di tempat kerja.
Usaha ini juga penting bagi melandaikan lengkung penularan Covid-19 di negara kita.
Apa pula pandangan anda ? Bagaimana pula pengalaman anda dengan majikan pada musim pandemik ini ?
Semoga kita diberikan kesihatan baik dan terpelihara daripada wabak ini. Kalau anda disahkan positif, apply sahaja home quarantine sendiri melalui MySejahtera. Siapa yang belum cucuk vaksin tu pergi cepat-cepat !