Kenapa Saya Berkahwin Dengan Gadis Morocco


PENGALAMAN SAYA BERKAHWIN DENGAN GADIS MOROCCO.

1. Isteri saya seorang gadis Morocco. Umur 27 tahun. Kami tinggal di Msia sebaik saja saya menikahinya. Beza usia dgn saya hampir 15 tahun. Di Morocco, gadis berkahwin pada usia 27 tahun dikira sudah lewat. Secara purata mereka berkahwin pada usia 21 hingga 25 tahun.

Mohd-Fairudz

 

2. Mereka bermazhab Maliki. Batal air wudhuk tidak sekerap kita yang bermazhab Syafie. Ini kerana di sana kurang air. Bapa mertua saya amat hairan bila tgk saya kerap mengambil wudhuk semasa saya di sana.

3. Gadis Morocco boleh dikatakan daripada 10 org, 8 daripadanya jelita. Sesetengahnya bermata biru.

4. Saya membelanjakan hanya RM4000 untuk melangsungkan perkahwinan di sana. Jika saya buat majlis makan-makan sempena perkahwinan di sana pun, saya hanya perlu belanjakan RM10,000 sahaja. Jauh lebih jimat berbanding di Malaysia.

5. Gadis Morocco sebenarnya berminat juga dengan jejaka luar. Ini kerana jejaka Morocco jenis suka lepak kedai. Jadi, peluang terbuka untuk jejaka luar menjadikan mereka sebagai isteri.

arab

 

6. Untuk menjadi sebahagian daripada mereka, ibubapa gadis tidak sewenang-wenangnya menerima orang luar. Kecuali jika ada introducer yang mereka kenali.

7. Secara purata, kehidupan di Morocco bukanlah mewah sangat. Mereka hidup biasa-biasa sahaja seperti kita di Malaysia. Saya memberikan mertua saya RM300 sebulan.

8. Saya tidak kerap pulang ke Morocco membawa isteri saya pulang berjumpa ibu bapanya. Kami hanya terbang ke Morocco setahun sekali sahaja.

9. Di Morocco, ibadah korban umpama ‘wajib’. Mereka korbankan binatang seekor seorang. Bukannnya seekor binatang dibahagi bahagian dengan berkongsi bayar seperti di Msia. Ini kerana harga binatang di sana sangat murah. Mereka hairan kerana di Malaysia, kita berkongsi bahagian dan tidak semua orang berkorban secara individu seperti mereka.

10. Secara ringkas, saya boleh katakan gadis Morocco mempunyai ketaatan yang tinggi terhadap suaminya. Hidup saya dengan gadis Morocco ini tidak menjadikan saya tertekan kerana kos hidup di sana juga tidak tinggi serta kehidupan mereka yang biasa hidup dalam keadaan sederhana.

Portrait of a middle eastern woman

 

10 perkara di atas adalah pengakuan Encik X.Aku berborak-borak dengan Encik X petang tadi. Menghirup kopi sambil menunggu hujan reda. Beliau seorang trader yang kerap keluar negara.

Aku tak pernah ambil kisah mengenai Morocco sebelum ni seolah-olah tiada apa yang menarik. Tapi nampaknya persepsi itu serta-merta berubah selepas berborak dengan Encik X.

#Artikel ini ditulis oleh Jusni Hashim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat