Malaysia tidak mahu kapal-kapal perang China dan Amerika berlegar di kawasan Laut China Selatan


Mohamad Sabu berkata, kapal perang boleh terus berlayar melalui perairan Malaysia tetapi mereka mestilah menggunakan wilayah laut Malaysia untuk menunjukkan kekuatan ketenteraannya.

“Laluan antarabangsa of course mereka boleh lalu tapi jangan menunjukkan kekuatan di wilayah itu,” kata beliau yang menjelaskan peraturan ini tertakhluk kepada kapal perang Amerika Syarikat dan China.

Mohamad menegaskan pendirian Malaysia supaya tiada kapal perang mana-mana negara yang menjadikan Laut China Selatan sebagai medan menunjukkan kuasa di tengah-tengah persaingan kuasa antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Gambar Ehsan MalayMail.com

“Sekarang macam di (sidang pertahanan) Shangri-La Dialogue (di Singapura) baru-baru ini saya tekankan kita nak kekalkan zon bebas dan berkecuali. Kita tak mahu kapal-kapal perang berlabuh di situ menunjukkan kekuatan sama ada di pihak China atau Amerika (Syarikat).

“Dan saya sendiri telah bercakap dengan Mattis (setiausaha pertahanan AS) tentang Malaysia tidak mahu kapal-kapal perang berlegar di kawasan Laut China Selatan,” katanya,” Mohamad memberitahu wartawan di Majlis Rumah Terbuka AMANAH Pulau Pinang di Sungai Dua hari ini.

“”Walaubagaimanapun kita akan jalankan melalui perundingan (dengan semua pihak yang berkait dengan perkara ini),” maklum anggota parlimen Kota Raja lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat