Pengerusi PTPTN Memohon Maaf Kerana Gagal Tunai Janji


Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia kerana tidak dapat menunaikan janji berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam bergaji bawah RM4000 seperti yang diumumkan dalam manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).

Beliau diberi tahu ramai yang menuntut Harapan tangguh bayaran PTPTN bagi peminjam yang gaji dibawah RM4000. Namun beliau ingin membuat pemohanan maaf kepada rakyat Malaysia yang meminjam kerana tidak dapat menunaikan janji.

“Saya dah berbulan-bulan fikir bagaimana cara laksana janji ini, mandat yang di perolehi bagaimana nak laksanakan janji ini kerana janji tak dapat dilaksanakan,” kata Wan Saiful.

Katanya, hal itu diputuskan selepas melihat hutang negara yang tinggi dan keperluan pelajar baru yang memerlukan dana, hasil bayaran balik peminjam terdahulu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan di Aswara, hari ini.

Menurutnya, beliau merangka manifesto HARAPAN bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu termasuk janji berkaitan PTPTN setelah mendapat input daripada pelbagai pihak.

Katanya, ketika itu beliau tidak mengetahui jumlah hutang negara. Kini hutang yang PTPTN tanggung menjadi bebanan negara.

Sumber : MalaysiaKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat