20 Nasihat Untuk Pelajar Intern Yang Patut Diketahui
Seperti yang kita ketahui dalam waktu kita belajar akan ada satu masa kita perlu mencari syarikat syarikat yang mempunyai jawatan berdasarkan program pengajian yang kita ambik untuk membantu kita menerapkan soft skill yang kita ada dan meningkatkan lagi kefahaman kita tentang kos kita itu.
Oleh itu, Semasa menjadi seorang pelajar intern di mana-mana syarikat pun ada adab yang perlu kita ikuti dan contohi. Disini saya kongsikan nasihat khas untuk adik-adik yang tengah atau akan intern di mana-mana syarikat pilihan anda tidak kira kecil mahupun besar. Baca dan hadam supaya apa yang diberikan boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi anda semua. Kemungkinan nasihat ini juga sangat berguna untuk adik-adik.
Berikut merupakan nasihat yang telah diberikan oleh seseorang melalui IIUM Confesions:
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Moga moga artikel ini dapat disiarkan. Terus kepada penulisan sebab baca tajuk pun dah tahu abang nak cakap pasal apa.
Untuk adik adik intern, mari abang bagi sedikit nasihat yg mungkin korang boleh dan patut follow sebab abang pun dulu pernah intern macam korang.
1. Kepada yg bakal intern tolong laa sebelum datang intern tu, tolong beritahu staff dkt company yg kau intern tu, sekurang kurangnye seminggu sebelum, bukan tiba tiba dtg
“Samekomm saya minah bt abu, harini saya datang nak lapor diri untuk intern dkt sini” . Dik, kadang kadang org yang uruskan kau pun lupa yang kau nak intern dkt company tu. Kau call je company tu seminggu sebelum cakap “samekomm saya joyah bt mamat, saya nak beritahu saya akan intern dkt company ni pada sekian sekian” , mudahkan?
2. Adik, kalau kau tgh intern, and kau seronok main fon dan kau tengok boss/staff lain buat tak kisah. Dik, abg beritahu ye, kau la manusia yang paling kesian sekali. Time intern kau main fon? Kau igt ayah kau stakeholder dkt situ? Salah dik, kami staff staff ni tgk perangai intern mcm mana, kalau fon asyik dkt tangan, susah juga walaupun kau tu rajin. Sesetengah intern kadang kadang lepas habis intern terus habis belajarkan? Jadi kami sebagai HR tak kan nak lepaskan orang yang ada talent macam tu je. So jangan jadi bodoh yee sebab tepengaruh dengan staff staff dkt situ. Entah entah kami ni bukak whatsapp sebab tengah kutuk kau.
3. Adik, dekat office takda senioriti kepala taik semua tu. Tapi ringankan mulut cakap “Assalamualaikum boss, assalamualaikum bang/kak” atau “morning sir” , mula mula memang la awkward tahap gila babi, tapi nanti okeyh, dapat pahala free lagi.
4. Lepastu pd dik intern, kami yg staff ni menengokkan je perangai dik yg suka tgk video, drama, pakai earphone dgr lagu tu semua masa kerja, memilih pula tu nak buat kerja apa.. Siap bgtau dapat gaji sikit je. Alamak acah² diva pula.
– Please dik, kami mmg reject nak serap masuk department. Bukan tak tegur jgn buat mcmtu. Cukupla tegur sekali je. Bukan budak². Ada hati pula tu tanya ada kosong tak dlm department nak terus kerja sini… Please behave masa intern. Org memerhati. Ok dik.
5. Kepada adik-adik intern, sesetengah tempat memang tak banyak kerja (sebab kami tak tahu nak bagi engkorang kerja apa!!) , so bila task kau dah siap, rajin-rajin kan diri tanya supervisor ada benda tak yang nak ditolong, jangan tanya semua staff, karang engkorang jadi mangsa. Ni namanya teknik memikat hati bakal majikan.
6. Okey, yang ni penting sikit, masa tengah tengah intern ni, cuba baik baik dgn boss, sambil tu tanya la macam mana nak apply kerja dekat situ, tolong la buat walaupun nampak macam tengah menjilat, engkorang kalau diva takpa la (sebab muka cantik sikit dah boleh jadi artis tumblr , ni pergi lapor diri untuk intern pun bawak mak ayah dgn akak (tak main main ye adik adik, abg serius ni).
– Buat buat je tanya dengan boss, dia taknak jawab takpa laa. Jangan lupa mintak tolong boss kau buat surat recommendations before kau habis intern (boleh guna untuk mohon kerja).
7. Jgn lupa tanya staf jugak cmne nk apply keje situ.. Bkn takat tnye bos je.. Nk tau knp kena tnya staf jugak, sbb dari situ kita blh detect staf situ selesa bkerja dgn kita atau x. Alhamdulillah dpt keje dkt tmpat intern. Wlaupun lari bidang sikit. Yg penting jgn rasa malas nk ringankan mulut tnya staf lain nk buat keje ape wlaupun kau mmg malas. Kdg2 intern selalu dimomokkan, staf akan buat kau jd kuli x berbayar. Doa lah moga dijauhkan staf camtu.
8. Bila ofis sediakn kemudahan surau, kau jgn la membawang kt surau tu, ni bila da membawang suara tak cover, gelak da mcm hantu raya, tunggang langgang hakak2 dan abg2 nk baca ayat2 dlm solat, duk repeat 2, 3x bacaan,
9. Lagi satu tdo pulak dlm surau, kot ye nk tido tengok2 tempat skit. Yang da siap bersiap kt depan cermin pun 1 hal, kau da siap, bagi laluan la org lain, ade pulak teman kawan2 ko yg belum siap depan cermin tu ha, siap membawang lg, da b’kumpul depan cermin lagi, (haha tp time ni, aku tegurkan je, ‘da siap ke tu? If da siap bg laluan kt org lain bole?’) Haha lantak la nk bg jelingan maut ke hape, janji aku da tegur, so plz take note jugak ye dak2 intern, plz kemudahan ade gunakan sebaiknya
10. Satu lagi la.. Nak pesan.. Especially kat gegirls.. Kalo boleh, pakai la baju yang longgar2 sikit.. Sopan sikit.. Even jubah pun, elakkan yang cutting melekat kat badan..
Dik oii.. Terjojol bijik mata menengoknya.. Yang terjojol tu, tutup2 lah sikit.. Kau nak buat free show ka dik?? Nak buat free show, mohon buat kat luar office ye.. Tak payah la buat dalam office..
11. Sng cite time intern jgn lah kekwat dik ea.. N blagak sombong. adoiii la, nnti dah abis belaja.. Kau tau lah mcm mana susahnye nak dpt keja dgn gaji yg kau nak zaman skrg nii..
12. Nk gtau jugk budak2 intern ni jgn berlagak diva bagai. Tau la ko amik degree, master bagai.. Pastu bila staff yg tkt spm, sjil minta tlg ape2 cth taip surat ke, anta surat ke, cek borng ke ko buat muka, acah2 bukan level ko.. Hello dik, nk kabo nt ko keje ko tau la semua level kena buat surat dik, cek borang dik.. Amik semua ilmu yg org bg.. Tapis yg mna baik n buruk..
13. Tolong la jaga reputasi punctuality korang. Abg tau dik yg korang masih muda..tgh hot.. Kot ia pun kau clubbing mlm td jgn la pagi esok kau masuk office lmbt dgn alasan terlmbt bangun sbb mlm td g club.. Dik.. Abg kau pun clubbing juga.. Tp pandai2 lah manage timing.
14. Haa pastu kan.. kalau tak dtg opis sila inform immediate kpd supervisor.. Bukan supervisor kena call tny kau dkt mna..
15. Dan bila xde keje tdo dkt opis atas alasan siapkan fyp mlm tu.. Pastu jgn le selalu mia sepanjang masa.. Jenuh mencari dkt opis tu mna kau hilang..
16. Dik ni abg nk bg tau, internet office tu pun bkn abg yg bayar bukan & abg yg punya. Tp x bmaksud kau setiap hari download movie dik.. Tak pun kau download kau buka youtube layan lagu despacito kiki do u love me tu..
17. Ni pun penting jgk.. Dik utk pengetahuan, telepon office tu company punya dek. Bukan utk kau call bf utk mengadu nasib. Suka2 hati je kan. Adoii la.
18. Adik, kkau tau kn bila kau intern buat mcm cara bdk intern, bukan budak kolej bawa sikap acah2 manja kau dgn lecturer.. Acah2 manja kau dgn family… Ni tempat periuk nasi dik.. Bukan tempat nak layan emo ko dik.
19. Last abg nak beri nasihat, untuk bakal intern, jangan pilih tmpt yg sama dengan kawan kau (abg dah pernah kene compare dik dgn SV sebab katanya kawan abg tu bagus, pedih dia sampai sekarang. Takpa, ayat tu buat sy dkt tmpt sy sekarang).
Kepada tengah intern, jangan cepat benci dengan tempat tu sebab tak kena dengan course korang sebab ada ramai lagi nak tempat korang tu. Abg nak ucapkan goodluck untuk korang supaya korang yang intern ni dapat kejayaan didunia dan diakhirat.
Itu sahaja nasihat khas untuk adik-adik intern yang diambil dan diolah daripada IIUM Confession. Semoga berguna dan bermanfaat untuk semua.
– Abg HR
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit