Anak Suka Conteng Di Kereta, Tegur Mereka Supaya Mereka Tahu Tindakan Itu Salah Bukan Menghukum
Jika anak suka conteng di kereta, tegur mereka supaya mereka tahu tindakan itu salah bukan menghukum mereka. Tetapi ramai golongan ibu bapa terus tindakan dengan menghukum anak-anak mereka, tidak kira kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak itu besar atau kecil.
Kerap marah anak nampak yang negatif sahaja, Walhal bila kita calm down sebenar mereka buat sesuatu untuk perhatian kita. Kita yang kurang beri masa, bila mereka buat perangai kita pula nak mengamuk bagai cuba dan terus mencuba menjadi ibu bapa yang sebaik-baiknya untuk anak. Ini yang dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah yang memberikan sedikit perkongsian antara dia dengan anaknya.
Me: Kenapa Haikal lukis kat kereta mama? Kan mama kata lukis kat kertas je.
Haikal: Haikal nak bagi kereta mama jadi cantik.
Mama: Haikal rasa cantik ke ni?
Haikal: Cantik!
Mama: Mama padam, boleh? Sebab ini dah langgar peraturan.
Haikal: Tapi Haikal lukis ni bukan sebab nak langgar peraturan. Haikal nak cantikkan kereta mama. Nak bagi mama happy.
Mama: Umm ok, good point there. Mama biarkan lukisan ni 2 hari. Sebagai tanda mama hargai lukisan Haikal. Tapi lepas 2 hari mama padam. Ok?
Haikal: Hmm ok.
Mama: Sebenarnya Haikal tak perlu langgar peraturan pun untuk buat mama happy. Lebih baik Haikal lukis atas kertas cantik2, supaya mama tak perlu padam, dan boleh tengok sampai bila-bila.
Haikal: Ok! Nanti Haikal lukis yang lain untuk mama kat kertas. Hmm sorry mama, sebab Haikal tak fikir dulu sebelum lukis kat kereta.
Mama: Takpe. Kali ni mama maafkan
My principle is simple.
I believe–
for me to gain respect from my child,
i have to show my respect towards him first.For my child to understand and tolerate with my needs and rules,
i have to show toleration and understanding towards his needs/feelings first.
Tidak perlu paksa anak minta maaf setiap kali dia melanggar peraturan, sebab dia sendiri yang akan minta maaf jika dia betul-betul faham situasi dan kesalahannya. “So my job is to make him UNDERSTAND the situation, until he is able to think on his own whether or not to say sorry”. Peraturan wujud untuk mengawal keadaan, bukan untuk menyekat kebebasan berfikir dan kreativiti.
Kita selalu rasa anak kurang ajar, tak dengar cakap, tak bertolak-ansur, tak ikut peraturan. Tapi cuba lihat semula tahap respect, toleration, dan understanding yang kita pamerkan kepada anak. Adakah mereka dah dapat yang selayaknya daripada kita, sepertimana yang kita harapkan daripada mereka?