Autisme: Adakah Sukar untuk Kenalpasti Anak yang Menghidap Autisme Dari Kecil?
Ramai ibu bapa yang kurang mengetahui apakah sebenarnya “Autisme”. Apakah simptom-simptom bagi anak-anak yang menghidap Autisme? Apakah cara untuk mengubatinya? Bagaimana terjadinya Autisme? Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul tentang penyaki. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya sentiasa peka dengan perkembangan anak-anak.
Tahukah anda, kebanyakan kanak-kanak yang menghidap autisme sebenarnya lambat didiagnosis? Walaupun begitu, sebenarnya ada beberapa ciri ciri autisme yang boleh ibu bapa tengok pada anak-anak. Sedangkan, tanda autisme sudah boleh dilihat dari awal sejak bayi berusia 6 bulan lagi.
Simptom dan tanda-tanda autisme ini mungkin berbeza-beza, namun kami hari ini akan senaraikan beberapa tanda-tanda awal “autisme”.
Tips Untuk Kenalpasti Anak Autisme Dari Kecil
1. Tidak Menunjuk Sebarang Reaksi
- Tidak membuat eye contact, tidak senyum, dan hanya memerhatikan anda.
- Tidak memberi reaksi pada bunyi. Tidak respon pada namanya, tidak melihat arah bunyian tersebut, atau tidak terkejut apabila dijerkah. Dalam keadaan lain, pendengarannya agak baik.
2. Perkembangan Motor yang Lambat
- Bayi usia 6 bulan – Tidak boleh tersenyum dan gembira.
- Bayi usia 9 bulan – Tidak mengeluarkan bunyi dan mimik muka.
- Bayi usia 12 bulan – Tidak mahu bercakap ataupun membalas lambaian orang.
3. Mahu Perhatian Anda Secara Berlebihan
- Anda boleh lihat tanda autisme yang satu ini apabila anak seakan-akan tidak selesa dengan orang lain. Mereka hanya mahu memeluk dan mendapatkan perhatian anda.
- Ini bermakna mereka sukar untuk berhubung dengan individu lain. Malah, anak juga mungkin tidak sedar dan tidak berminat dengan persekitarannya.
4. Kurang Pergerakan
- Anak autisme akan kurang menunjukkan pergerakan seperti menunjuk. Mereka seakan-akan keras seperti “robot”. Mereka juga tidak akan melambai, menunjukkan sesuatu atau cuba mencapai benda yang diingini mereka.
- Cuba lihat bayi anda yang berusia 8 hingga 10 bulan. Sepatutnya perkembangan motor kasar seperti menunjuk sudah terbina. Bayi yang berumur dalam lingkungan umur ini sepatutnya sudah mampu untuk menunjukkan sesuatu dan menggenggam objek.
5. Mengulang Perbuatan
- Anda perasan anak ada menunjukkan tanda autisme yang satu ini? Anak sering melakukan perbuatan berulang seperti mengibas-ngibas tangannya, atau melakukan pergerakan abnormal seperti memusing tangan?
- Kebiasaannya anak autisme ini akan kerap menepuk tangan, memusingkan objek kecil seperti botol dan permainan, ataupun meniru percakapan atau perkataan dan mengulangnya berulang kali.
6. Tiada “Baby Talk”
- Ada ke yang tidak tahu apa itu Baby Talk? Baby talk adalah perkataan yang selalu disebutkan oleh bayi dalam bahasa mereka sendiri yang kita sendiri tidak faham.
- Walaupun ibu bapa tidak akan faham apa yang anak “bebelkan”, anak autistik lebih cenderung untuk tidak melakukannya.
- Malah, jika mereka sudah semakin besar, mereka mungkin akan menghadapi beberapa kesukaran untuk bercakap seperti tidak mampu menjawab soalan, sering mengulangi perkataan sama, tidak memahami arahan dan sukar menyatakan kehendak mereka.
7. Tidak Respon Ketika Di Panggil
- Bayi autisme ini amat sukar untuk membina hubungan dengan orang lain atau bersosial. Mereka juga tidak suka disentuh ataupun dicium oleh orang lain.
- Ciri-ciri autisme yang paling utama adalah rasa untuk menyendiri. Mereka seakan tidak mendengar apa yang orang lain cakap pada mereka. Malahan adaa yang tidak suka untuk menyertai aktivit yang melibatkan ramai orang.
8. Tiada ‘eye contact’
- Ibu bapa, perhatikan tanda yang penting ini: Adakah anak anda jarang menunjukkan eye contact? Bagaimana dengan penglihatannya? Adakah dia akan mengikut jika anda menunjukkan objek padanya? Tiada eye contact adalah salah satu tanda awal autisme yang anda boleh kenalpasti.
- Jika anda mahukan kepastian, ketika tengah beri bayi makan, cuba senyum dan pandang matanya.
- Anda juga boleh menguji dengan menggunakan sesuatu objek dan pastikan matanya bergerak mengikut objek itu apabila digerakkan. Lihat bagaimana respon si kecil itu.
9. Kurang Senyum
- Kebiasaannya bayi yang berusia 6 bulan dan keatas akan mula tersenyum kepada orang sekelilingnya. Tapi jika anak anda tidak mahu senyum atau jarang senyum, hati-hati! Lihat dengan lebih peka tentang perkembangannya. Malah, perhati juga jika anak sukar untuk menunjukkan ekpresi muka yang sepatutnya. Ini merupakan antara “kesukaran” yang sentiasa dihadapi anak autistik.
Akhir kata dari saya adalah, jika anda dapat mengesan beberapa tanda di antara tanda-tandayang disenaraikan diatas, segera dapatkan pandangan pakar. Tiada apa yang perlu dimalukan. Sayangi mereka seperti kebiasaannya dan berikan mereka lebih perhatian.
Anak autistik bukan bermaksud mereka kurang berkeupayaan, sebaliknya perkembangan dan cara membesarkan mereka mungkin perlu sedikit berbeza.Jadi, lakukan tugas anda sebagai ibu bapa dengan lebih berhemah. Jangan abaikan mereka hanya kerana mereka mengalami “autisme”.