ARRGHHH … Tolong Halau Jin Nie


ra, kemudian bacakan ayat2 ruqyah, dan gunakan untuk mandi.”

Pesakit: “baik insyaallah nanti saya cuba.”

Dialog ni biasa, tapi ramai yang tak boleh buat secara berterusan.
– tak jumpa cari daun/serbuk bidara
– buat sekali/ dua kali sahaja, lepas tu tak ingat/malas.

Lepas tu, datang balik jumpa ana, “ustaz, penyakit ni x setel2 lagi la ustaz”.

Ana:…. ?

 

download

 

Mandian air daun bidara biasa digunakan untuk mandi wajib bagi wanita selepas haid, memandikan budak kecil, dan memandikan mayat.

Pernah terfikir kenapa sunnahnya begitu?
Selepas buat beberapa kajian dari beberapa rujukan (kajian sendiri yang tak bertauliah ?), dapatlah kaitan sedikit sebanyak. Sama ada benar atau tak, allahu a’alam.

1. Daun bidara merupakan daun yang sangat senang diperolehi pada masa zaman Rasulullah s.a.w. Ada yang berpendapat, selain gunakan daun bidara, guna sahaja apa sahaja daun yang berdekatan dengan rumah, asal daunnya sifat bersih, menyucikan, dan tidak berbahaya.

Ana setuju dengan pendapat ini, sebab nabi s.a.w tidak pernah menyatakan manfaat/khas daun bidara, berbeza apabila baginda s.a.w menyatakan manfaat habbatus sauda sebagai penyembuh segala penyakit. Habbatus sauda tidak ada penggantinya, walaupun banyak rempah lain yang juga mempunyai manfaat istimewa. Daun bidara pula, banyak jenis pokok/daun yang boleh menyamai khasiatnya.

Ia masuk akal, kerana agama ini bukan agama yang menyusahkan. Allah cipta ribuan jenis pokok hijau, dan takkan lah kita hanya perlu obses akan satu jenis pokok sahaja. Allahu a’alam.

2. Sifat daun bidara adalah antiseptik, antibakteria, dan merupakan ejen pencuci yang bagus.

Owh, rupa-rupanya daun bidara merupakan sabun – old school punya style. Tidak peliklah tujuannya digunakan untuk menyucikan diri dari hadas besar. Agar bersih dan dilindungi dari bakteria.

 

download (2)

 

3. Sesetengah ulama gunakan daun bidara sebagai metod rawatan sihir/ain.

Apakah hubungannya?

Islam adalah agama fitrah. Manusia juga dilahirkan di atas fitrah. Fitrah manusia itu sihat dan bersih.

Syaitan itu pula menjauhkan diri kita dari fitrah. Dia sukakan kita bila kita kotor dan busuk.

Rawatan islam merawat seluruh badan dari luar dan dalam.

– Yang paling penting adalah hati, yang dirawat dengan ayat-ayat al-Quran, tazkirah/tazkiyatunnafs. Bagi Muslim, tauhid dan keimanan dijadikan perkara paling penting.
– Kemudian racun-racun di dalam tubuh badan dihancurkan/dikeluarkan dengan ayat-ayat al-Quran/ herba.
– Kemudian darah-darah yang kotor dikeluarkan menggunakan bekam
– kemudian organ-organ dalaman yang rosak dibaiki dengan mengamalkan pemakanan sunnah seperti zaitun dan madu.

– Rawatan luar yang paling utama adalah dengan amal soleh yang berterusan. Zikir, solat, puasa, sedekah merupakan benteng utama.
– kemudian disusuli dengan kebersihan tubuh badan, memakai wangi-wangian.

Kalau hanya bersih dan wangi, bolehkan gunakan mana2 minyak wangi/ sabun yang terdapat di pasaran?

Jawapan saya: Boleh!! Sebenarnya selagi ia mendekatkan kita kepada fitrah manusia, maka gunakanlah. Hanya niatkan sahaja untuk rawatan, insyaallah ia akan membantu.

Guna sahaja mana2 sabun yang elok, dan ketika ingin mandi, berdoalah, “Ya Allah, aku ingin bersuci kerana-Mu, engkau sembuhkanlah penyakit yang menimpa diri aku ini”. Berdoalah, dan Allah akan makbulkan.

Tidak perlu stick hanya kepada daun bidara sahaja. Sesungguhnya bukan daun bidara itu yang menyembuhkan, tetapi Allah lah yang menyembuhkan. Bukanlah tumbuhan itu yang berkuasa, tetapi Allahlah yang berkuasa.

Namun, ketika memilih bahan untuk rawatan, juga ada level2nya:
– Gunakanlah bahan yang menggunakan bahan semula jadi sebaik mungkin.
– Gunakan bahan yang lebih mendekatkan kita kepada fitrah, bukan menjauhka kita dari nya. Gunakan yang suci, bersih, halal. Jangan gunakan produk yang memudaratkan, seperti merosakkan kulit, merosakkan organ, merosakkan pigmen.
– Gunakan bahan yang mudah dan murah didapati. Tidak perlu berbelanja ribuan untuk kesembuhan diri. Itu membazir, sedangkan anda boleh sembuh dengan kos yang minimal sahaja. Air liur semua orang ada, air kosong sangat murah, ayat al-Quran itu percuma. Gunakan itu sebagai basis, dan tambah sekiranya ada keperluan sahaja.

#######

Berbalik kepada kes di atas. Ramai pesakit yang komplen, dia dah cuba solat, puasa dan lain2. Ruqyah buat hari2. Alhamdulillah sangat bagus dah.

Cuma kesihatan dan penjagaan diri tidak ada. Makanan sunnah dan herba ditinggalkan. Minuman pun tidak kawal. Pakai minum jer apa2.

Mandi alhamdulillah okay, tapi niat tu lupa. Sayang.

Kemudian disuruh selalukan memakai minyak zaitun dan habbatus sauda untuk kulit2. Jarang sekali. Leceh katanya.

Maka saya pun fikir, bagaimana lagi nak bantu mereka supaya mereka benar2 istiqamah dalam rawatan.

Saya buatlah sabun ini. Tapi saya tak nak buat sabun yang berkuasa. Itu tidak mungkin. Malah itu syirik. Saya nak buat satu sabun yang mempunyai manfaat yang bagus kepada kesihatan, dan mendekati fitrah manusia.

Tidak mahu orang mengatakan sabun ini yang berkuasa. Tapi Allah yang berkuasa.
Jadi saya tak gunakan hanya bidara. Antiseptik dan antibakterianya lebih lemah dari habbatus sauda. Jadi saya gunakan habbatus sauda juga. Zaitun saya tambah kerana kandungan vitaminnya yang tinggi, dan kerana moisturising effect zaitun sangat tinggi. Saya tambah minyak kelapa kerana minyak kelapa merupakan ejen pembersih/pencuci yang sangat baik.

Akhirnya saya tambah shea butter dan cocoa butter, untuk sinergikan kesemua ini, dan dua butter ini sangat masyhur untuk menjaga kulit.

Alhamdulillah, setelah beberapa lama berkeksperimen, akhirnya jumpa juga formula yang sesuai.

Lahirlah “Sabun Bidara Plus”

Asalnya ingin memudahkan orang, namun alhamdulillah lahirnya sebuah masterpiece.

Tidak gunakan bahan kimia seperti ALS/SLS, saya buat sabun ni se”natural” yang mungkin. Kos membuatnya mungkin jauh lebih tinggi dari gunakan bahan yang sama seperti produk dalam pasaran. Tetapi tidak mengapa asalkan puas. Kepada diri sendiri, dan kepada bakal pengguna. Insya-Allah smile emoticon

Of course, tiada tambahan racun seperti mercury – efek cepat tapi merosakkan. Natural – efek tidak semestinya cepat, tapi dia memperbaiki sedikit demi sedikit.
Dengan kesabaran, insyaallah pengguna akan dapat kesihatan kulit seperti yang mereka inginkan.

#####

Maaf, panjang lebar cerita. Harap ada yang beroleh manfaat dari ini.

Siapa nak cuba sabun, boleh mesej nombor di bawah. Insya-Allah pasti puas hati. wink emoticon

P. S: sabun ni homemade tau, saya buat dengan kawan2 saya sendiri, jadi stok sangat terhad. smile emoticon

Farhan Syah's photo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat