PRU 15 – Kira-Kira 945 Calon Parlimen Bertanding, Jumlah Tertinggi Dalam Sejarah


Pilihan Raya Umum (PRU) bagi tahun 2022 ini agak sengit. Bukan sahaja terdiri daripada calon-calon yang berkebolehan tinggi namun setiap apa yang dijanjikan oleh setiap parti juga agak hebat. Sama seperti Pilihan Raya Umum yang lepas, kali ini juga turut diadakan penamaan calon terlebih dahulu sebelum undian dibuat.

Tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum 15 yang jatuh pada 19 November 2022 nanti cukup mendebarkan hati para pengundi dan juga parti-parti yang bertanding. Seperti yang kita ketahui, semalam, 5 November 2022 merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum(PRU) yang ke 15.

PRU 15 – Kira-Kira 945 Calon Parlimen Bertanding, Jumlah Tertinggi Dalam Sejarah

Bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 ini, kira-kira 945 calon parlimen yang layak bertanding. Jumlah tersebut merupakan jumlah yang paling tertinggi dalam sejarah. Sebelum ini belum ada lagi jumlah yang mencapai bilangan tersebut.

Calon-calon tersebut disahkan layak bertanding bagi merebut 222 kerusi Parlimen di seluruh negara. Jumlah tersebut adalah berdasarkan data yang dipaparkan di pusat Media ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Seramai 441 calon akan bersaing untuk merebut 117 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang, Perlis dan kerusi N66 Bugaya, Sabah. Manakala Pakatan Harapan (PH) pula mempertaruhkan calon paling ramai iaitu 206 orang, diikuti Barisan Nasional (PN) seramai 178 orang, Perikatan Nasional (PN) seramai 149 orang dan Pejuang 116 Orang.

Manakala Parti Warisan Sabah dan Gabung Parti Sarawak masing-masing meletakan 52 calon dan 32 calon. Pas pula meletakkan 22 calon, Parti Rakyat Malaysia 16 calon, Gabungan Rakyat Sabah (13), Parti Sarawak Bersatu (10). Putra (9), DAP (8), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (7), Muda (6), Parti Bangsa Malaysia (5) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (3).

Di samping itu, bagi parti yang masing-masing mempunyai seorang calon kerusi Parlimen adalah Parti Bersatu Rakyat Sabah, Parti Sedar Rakyat Sarawak, Parti Sosialis Malaysia, Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Parti Bumi Kenyalang dan Parti Utama Rakyat.

Calon Bebas

Bagi calon bebas pula, kira-kira seramai 108 orang sekaligus menjadikan jumlah calon bebas teramai dalam sejarah PRU negara. Di negeri Selangor, kira-kira 22 kawasan Parlimen dan merekodkan jumlah calon Parlimen paling ramai iaitu 124 orang dan diikuti oleh Sabah 119 orang.

Perak dan Johor pula masing-masing 100 dan 96 orang. Sarawak dan Kedah masing-masing 92 dan 68 orang. Diikuti pula dengan Kelantan 63 orang, Pulau Pinang 58 orang. Negeri pantai timur iaitu Pahang pula 55 orang. Ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur pula 52 orang.

Negeri Sembilan 35 orang, Terengganu 33 orang, Melaka 25 orang serta Perlis 13 orang. Putrajaya dan Labuan pula masing-masing 6 orang calon.

Kerusi DUN

Bagi kerusi DUN, Perak mendahului senarai calon tertinggi dengan 220 orang diikuti Pahang (150), Perlis (64) dan tujuh calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Barisan Nasional (BN) mempertandingkan 117 calon bagi kerusi DUN, PN dan PH masing-masing mempertandingkan 116 calon, Pejuang (45), Warisan (18) dan Bebas ( 24).

Pada PRU14, SPR menerima sebanyak 2,333 kertas pencalonan dalam tempoh sejam penamaan calon dengan 687 daripadanya adalah kertas pencalonan bagi 222 kerusi Parlimen dan 1,646 bagi 505 kerusi DUN.

calon parlimen

Semoga dengan calon paling ramai tercatat dalam sejarah ini bakal membawa perubahan yang besar kepada negara. Bukan sahaja nasib rakyat Malaysia dan penduduk tanah Melayu semakin terbela, politik juga semakin stabil.

Sumber: Bernama 

Baca juga: Pilihan Raya Umum Hampir Tiba, Ini Tips Mengundi Yang Korang Boleh Ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat