BISNES CAR WASH : Ketahui Rahsia Dari Pengurus Kepada 70 Cawangan Car Wash dan Tips dari Pemilik Car Wash
Anda berminat untuk buka bisnes car wash ? Berapakah modal yang anda perlukan dan apakah perkara yang perlu dititikberatkan bagi bakal pemilik kedai car wash ? Yang paling penting sekali apakah cara yang paling berkesan untuk kekal dalam industri ini ?
Salah satu cara terbaik untuk dalami ilmu bidang perniagaan iaitu daripada orang yang berpengalaman. Artikel ini akan berkongsi beberapa tips permulaan bagi yang ingin mulakan bisnes car wash.
Berikut ialah perkongsian dari Tuan Haryzat berkenaan perniagaan ini.
Melalui perkongsian Tuan Haryzat, beliau pernah menemu ramah seorang pengurus perniagaan car wash.
Pengurus yang mesra dipanggil Ah Long ini sudah biasa memantau operasi lebih daripada 70 buah premis car wash milik majikannya. Selain memantau operasi, beliau juga perlu pastikan sales bagi setiap cawangan mencecah target yang ditetapkan.
Walaupun sudah lama menceburkan diri dalam bidang ini, Ah Long tidak lokek untuk berkongsi ilmu termasuklah anggaran modal untuk pembukaan premis car wash serta target sales harian yang optimum.
Berapakah Modal Yang Diperlukan Untuk Buka Bisnes Car Wash ?
Modal untuk buka satu pusat car wash yang menjalankan aktiviti cuci kereta dan juga polish, waxing serta coating adalah dalam lingkungan RM20,000 sehingga RM30,000.
Kos overhead sebulan operasi untuk satu pusat car wash yang mempunyai 10 orang pekerja dan seorang branch supervisor pula menganggarkan belanja kira-kira RM40,000 sebulan.
Berapakah Target Sales Bagi Bisnes Car Wash ?
Berkenaan target sales untuk perniagaan car wash, pemilik atau pengurus perlulah tetapkan sales sebulan bagi satu-satu pusat car wash dengan nilai minimum RM47,000 sehingga RM70,000 sebulan.
Car wash yang stabil juga sepatutnya mencatatkan sales harian paling sebanyak RM2,000.
Syarikat car wash yang diurus Ah Long pula biasa mensasarkan KPI sales cucian biasa sebanyak 900-1000 kereta sebulan bagi satu cawangan. Namun, KPI ini adalah tertakluk kepada kestabilan dan jumlah pekerja di car wash.
Untuk perniagaan car wash baru, Ah Long sarankan untuk tarik orang untuk masuk cuci kereta dahulu. Pastikan ramai orang datang untuk buat cucian kereta biasa dengan harga RM 12.
Pelanggan yang percaya dengan perkhidmatan kita pasti akan lebih yakin untuk cuba servis lain. Dari situ, anda bolehlah tawarkan pakej yang berbaloi buat pelanggan.
Menurut Ah Long, car wash juga boleh jana pendapatan utama melalui jualan pakej buat ahli berdaftar. Car wash yang beliau urus contohnya akan menjual pakej ahli bernilai RM 1,999 untuk 2 tahun.
Ahli yang mendaftar bagi pakej ini akan mendapat pakej 4 layer wax secara percuma sebanyak 6 kali.
Penjualan pakej sememangnya menguntungkan tetapi ia boleh menjadi punca kejatuhan bisnes car wash ! Pemilik atau pengurus tidak boleh terlalu beriya sehingga sanggup menolak pelanggan yang mahukan cuci kereta atau hanya melayan pelanggan yang sanggup jadi ahli sahaja.
Ah Long akui tabiat yang terlalu memilih ini telah menyebabkan 8 cawangan car wash majikannya terpaksa gulung tikar.
Bagi mengatasi masalah ini, mereka pun ubah strategi yang mana pelanggan bukan ahli pun boleh cuci kereta mereka di pusat car wash mereka tetapi dengan harga yang berlainan.
Di Manakah Lokasi Yang Terbaik Untuk Buka Car Wash ?
Lokasi juga adalah aspek penting untuk mulakan perniagaan car wash. Ah Long juga tidak menyarankan pemilik untuk buka bisnes car wash di tempat sembarangan seperti bawah pokok kerana sukar untuk berkembang.
Dia juga tak menghalang pemilik car wash untuk buka perniagaan dalam kawasan yang sudah ada perniagaan yang sama.
Memang tidak dinafikan akan timbul persaingan, namun jika anda boleh bina public relation yang baik dengan customer, perniagaan anda ada harapan untuk bertahan lama.
Seorang lagi pemilik car wash, Suthan M juga telah berkongsi beberapa tips pemilihan lokasi bagi car wash melalui Youtube.
Menurut beliau, setiap lokasi ada kelebihan dan kekurangannya. Bagi yang memilih untuk buka car wash di shop lot baru, sememangnya kurang saingan.
Namun, anda perlu lebihkan usaha dalam aspek promosi dan perlu laburkan duit pada renovation kedai. Semak dahulu sama ada kawasan tersebut strategik atau tidak dan ada tak demand untuk perkhidmatan car wash.
Untuk pilihan yang lebih selamat, anda juga boleh beli kedai dari perniagaan car wash lama. Untuk pilihan ini, anda tidak boleh tentukan lokasi tetapi anda dapat jimat banyak dalam aspek pengubahsuaian kedai.
Anda juga tidak perlu risau kerana kebanyakan kedai lama sudah tentu mempunyai lokasi strategik dan kewujudannya sudah diketahui orang setempat.
Suthan yang menyambung perniagaan car wash daripada pemilik lama turut rasa beruntung kerana beliau dapat cut cost pada pembelian peralatan.
Alatan lama yang masih elok boleh digunakan, Suthan juga diberi tunjuk ajar oleh pemilik lama mengenai pengendalian peralatan.
Barangan Yang Digunakan Perlulah Berkualiti
Menyentuh tentang bab alatan, pemilik car wash juga perlulah bertanggungjawab untuk beli barangan dan chemical yang berkualiti. Jangan sesekali guna yang murah untuk jimatkan kos. Penggunaan barang dan chemical yang tidak berkualiti akan menjejaskan mutu perkhidmatan dan membuatkan pelanggan lari.
Satu lagi tips penting yang dikongsikan oleh Suthan kepada pemilik car wash baru ialah jangan melabur terlalu banyak pada peralatan.
Pemilik yang baru mulakan perniagaan perlulah biasakan diri dengan peralatan asas terlebih dahulu. Selepas sudah mahir, barulah tambah peralatan mengikut keperluan.
Jangan Tergesa-gesa Untuk Renovate Kedai
Suthan juga sempat mengingatkan pemilik car wash baru untuk tidak terburu-buru renovate kedai. Bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam perniagaan ini, gunakan sahaja ruang yang ada mengikut struktur kedai.
Bila anda mula beroperasi, barulah anda boleh kenalpasti kelebihan dan kekurangan ruang carwash anda. Anda juga perlukan masa untuk pantau operasi dan workflow kedai.
Dari situ anda boleh rancang untuk renovate. Contohnya, anda perlu tetapkan lokasi polishing dan cuci kereta tanpa menggangu operasi satu sama lain.
Rajinkan Diri Cari Pekerja Dedicated
Walaupun Suthan masih baru lagi dalam industri, beliau akui pekerja yang berdedikasi dan konsisten adalah sangat penting untuk kelangsungan bisnes car wash.
“Pekerja yang baik perlulah bersedia untuk baiki kemahiran, timba ilmu baru dan konsisten dalam berikan perkhidmatan terbaik. Ia sememangnya akan makan masa untuk melatih, namun ianya berbaloi demi kestabilan perniagaan car wash.” ulas Suthan.
Menurut Ah Long pula, pengurusan tenaga kerja adalah cabaran terbesar baginya. Nak kena sediakan tempat tinggal pekerja dan sediakan makan minum staff warga asing. Jika tak dijaga baik-baik, bila-bila mereka boleh cabut lari.
Banyak perkara yang perlu dititikberatkan dan diseimbangi. Untuk pastikan perniagaan maju, pemilik car wash juga perlulah buat perancangan seteliti yang mungkin .
Semoga perkongsian ini dapat membantu bakal pemilik car wash untuk merancang perniagaan car wash baru.
Tumpang tanya, gaji pekerja mmg kena bgi slip gaji sekali ke dan cik buat car wash di kedai ataupun guna kanopi… Tq
ikut law, setiap pekerja diwajibkan mempunyai bukti bayaran gaji. samada bertulis, atau computer print. jadi banyak masalah apabila majikan culas dan pekerja komplen pada pejabat tenaga kerja, majikan boleh disaman. ataupun, pekerja boleh buat aduan tak dapat gaji (sedangkan gaji sudah dibayar). kira dia menipu la..majikan jugak kena saman nanti. so, lagi baik sediakan baucer bayaran gaji. beli je 1 buku kt kedai runcit tu, tulis pakai tangan, cop. setel … —- sy tolong jawabkan.
Currently I am operating car wash but difficukt to get workers. Previously I have 3 Indonesian working with me but after received salary .. M.I.A
How and where to get a good workers?
MINTA BOS BAGI ILMU NAK HIT SALES PADA MUSIM HUJAN. MEMANG KERETA TAK MASUK. BOLEH SHARE IDEA DARI RUGI BAYAR GAJI STAF SAHAJA
Salam tuan. maksud “pakej ahli RM1999 2 tahun” tu maknanye ahli anytime boleh dtg cuci percuma selama 2 tahun ke
salam mohon tunjuk ajar dan ilmu carwash..
Tq your share with me…
share ilmu bro
sila bro
hai bos,
boleh share cara nk mulakan projek carwash ni..
Berapa rate sewa utk buka carwash ? Sewa bangunan atau pacak khemah shj ?
Dan berapa rate gaji utk stiap sorg pekerja carwash ye? Ade komisen ke tak utk bgi setiap cucian?
Salam. Bos. Bagai nak mula kan perniagaan cuci kereta.