Apa Itu Perdana Menteri INTERIM?


Apa itu Perdana Menteri interim? Perdana Menteri interim adalah Perdana Menteri yang dilantik sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

Pelantikan Perdana Menteri interim itu dilakukan mengikut Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri interim ini akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan anggota Kabinet baharu dilantik.

Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Interim masih perlu menjalankan tugasnya. Semalam Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilaporkan berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim selepas menerima peletakan jawatannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat