DIY Baby Safety Gate Untuk Keselamatan Anak Kecil Di Rumah. – Daily Rakyat

DIY Baby Safety Gate Untuk Keselamatan Anak Kecil Di Rumah.

Sumber Rujukan : Syazwani Jamil

Pemasangan Baby Safety Gate merupakan salah satu aspek yang penting dalam sesebuah rumah terutamanya yang mempunyai anak kecil. Namun mungkin ada yang tidak kreatif untuk membuatnya sendiri dan terpaksa mengubah orang lain untuk memasangnya. Bila dah upah orang, kos untuk memasang juga akan meningkatlah.

Ibu bapa di rumah pasti risau dengan keselamatan anak-anak kecil walaupun di rumah kan? Biasalah bila anak-anak nak membesar ini,  mereka akan membuas ke sana ke mari walaupun di dalam rumah. Haa! jadi saya nak kongsikan pada anda semua pasal DIY baby safety gate ini untuk mengelakkan anak kecil dari pergi ke kawasan yang berbahaya dan kawasan yang tinggi contohnya tangga la kan. Ianya mudah saja nak buat dab hanya perlukan beberapa barang DIY saja. Sudah la mudah pastu jimat lagi!

Ada anak kecil wajib kena childproof kan rumah terutamanya kawasan yang berbahaya seperti dapur, di bahagian tangga jika rumah anda ada tangga tinggi. Sejak Amsyar dah makin rajin explore rumah, selipar dapur pun dia buat main, makanan kucing dalam bekas dekat dapur pun dia kutip. Makin clingy

jugak, tak boleh kena tinggal, ibu nak masak dekat dapur pun dia ikut, maka ayah pun buatkan safety gate ini.

Baby Safety Gate

Design safetty gate ini yang paling simple tak canggih pun. Tak boleh slide-slide ke tepi dan tak perlu selak-selak berengsel pun. Jenis angkat dan masukkan pintu dalam lubang secara manual saja. Nak jimat kos dan masa. Kalau tak silap kos barang semua dalam RM30 dan suami buat sorang-sorang dalam masa 2 jam saja.

Orang lelaki confirm tahu barang-barang ini, tak payah cerita panjang-panjang tak apa hehehe, design pun simple saja. Cuma pastikan setiap sambung paip tersebut digam untuk menguatkan lagi bahagian sambungan tersebut. Anak-anak membesar biasalah, buas sedikit anak pijak, goncang-goncang pagar elok lagi InsyaAllah kukuh jugak. Cumanya kena kira betul-betul ukuran sebab bila sudah gam susah nak betulkan balik. Ketinggian pagar, jarak antara tiang semua boleh selaras ikut kesesuaian rumah masing-masing.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk membantu ibu bapa di luar sana yang ada anak-anak kecil yang sedang membuas. Ini juga untuk keselamatan anak-anak kita.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat