Cari Kerja Guna Waze
Kalau dulu aplikasi Waze hanya digunakan untuk kegunaan mencari arah atau jalan untuk menuju ke destinasi masing-masing. Waze juga pernah memenangi anugerah Aplikasi Mudah Alih Terbaik Keseluruhan pada 2013 Mobile World Congress, mengalahkan Dropbox, Flipboard dan lain-lain.
Sekarang aplikasi ini juga ditambah baik seiring dengan peredaran masa yang memerlukan aplikasi perisian juga berubah. Antara fungsi baru yang ditambah ialah fungsi mencari kerja menggunakan Waze.
Mari kita ikuti penulisan dari Nor Afilia yang berkongsi cara-cara untuk mencari kerja menggunakan Waze.
Harini aku cuma nak kongsi satu platform power untuk kau teruskan pencarian kerja. Bukan Linkedin, bukan Jobstreet.
Kalau nak tahu, Graduan kini sedang bekerjasama dengan aplikasi popular, Waze. Mereka wujudkan satu platform baru bagi memudahkan pencarian kerja. Usaha ini yang pertama wujud dekat Asia tahu.
Dan aku dah pun cuba sebentar tadi. Simple saja. Yang kau perlu buat hanyalah :
1. Install dan buka aplikasi Waze.
2. Taip di kotak search, salah satu perkataan antara Graduan atau Job atau Jobs.
3. Klik search.
4. Voila! Kau dapat tahu syarikat apa yang tawarkan kerja kosong, dekat mana lokasi syarikat tu. Berapa kilometer dan segala maklumat lanjut navigasi.
Macam mana nak tahu jawatan apa yang ditawarkan?
Di akhir maklumat ada disertakan link. Link tu akan bawa kau masuk ke dalam laman web Graduan. Dekat situ, kau carilah segala maklumat lanjut.
Untuk platform power ni, jangan tak tahu yang Graduan dah berjaya kumpulkan lebih 100 buah syarikat untuk sama-sama iklankan vacancy melalui platform ini. Sime Darby ada, Maybank, Pharmaniaga, Astro, macam-macam syarikat ada.
Jadi, dari sekarang, persiapkan resume, persiapkan diri. Esok bangun tidur, Waze saja untuk cari kerja kosong.
Goodluck!
Sumber- Nor Afilia