8 Kepentingan Air Untuk Kesihatan Dan Kehidupan Seharian Kita – Daily Rakyat

8 Kepentingan Air Untuk Kesihatan Dan Kehidupan Seharian Kita

Sumber Rujukan : Berita Harian

Apa itu Air?

Air sangat penting dalam kehidupan seharian. Semua benda hidup dimuka bumi Allah ini perlukan air. Kita perlukan air untuk menjalani kehidupan seharian kerana ia merupakan sumber yang penting untuk menjana ekonomi dalam  bidang pertanian, perikanan dan sebagainya.

Seperti yang kita sedia maklum, hampir 3/4 daripada permukaan bumi adalah kawasan berair. Begitu juga dengan tubuh manusia di mana 70% daripada komposisi tubuh manusia adalah air. Amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut akan terjaga.

Kajian menunjukkan bahawa manusia boleh hidup lebih seminggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari tanpa air. Ini menggambarkan betapa pentingnya air dalam kehidupan seharian. Kita memperoleh air daripada cecair seperti air paip, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita.

Pengambilan air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh. Air amat penting dan mempunyai pelbagai berfungsi penting dalam menjana tubuh badan yang sihat dan cergas.

Fungsi air ialah:

  1. Memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal
  •  Air berperanan untuk memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.

2. Baik untuk organ tubuh badan

  • Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing. Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.

3. Menghindarkan penyakit

  • Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.

4. Membekalkan nutrien untuk tubuh badan

  • Air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.

5. Melembapkan kulit

  • Menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi. Kulit juga akan kelihatan sentiasa lembap dan awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengecutan kulit. Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.

6. Mencapai berat badan yang ideal

  • Bagi yang ingin menurunkan berat badan meminum air dengan kadar yang mencukupi dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.

7. Merawat emosi

  • Meminum air yang mencukupi, menjadikan minda yang ceria dan emosi stabil dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan akan menghasilkan kerja yang berkualiti.

8. Mengurangkan jerawat

  • Merawat kulit wajah yang berjerawat. Air juga dapat jerawat dengan mengurangi lebihan minyak pada kulit. Penting untuk memiliki keseimbangan yang stabil antara air dan minyak di permukaan kulit. Jika kulit memiliki terlalu banyak minyak berbanding dengan air, ini menyebabkan pori-pori tersumbat dengan noda dan jerawat . Air penting untuk menjaga kelembapan kulit secara optimal dan memberikan nutrisi penting untuk sel-sel kulit.

Oleh itu, kita hendaklah mengambil air yang secukupnya sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari dalam kehidupan seharian kerana ia amat penting untuk kesihatan. Apabila kekurangan air putih juga akan menyebabkan pelbagai penyakit. Dengan ini, perbanyakkan minum air putih untuk kesihatan yang optimum.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat