Apakah Hak Perokok Untuk Merokok?

Sumber Rujukan : Rushdan Noor

Ada perokok yang mempertahankan tabiat merokok dengan alasan bahawa itu adalah hak peribadi mereka untuk seronok dan mengecapi nikmat. Hak asasi kata mereka. Orang lain tidak ada kuasa untuk menafikan hak mereka dan menentukan pilihan hidup mereka. Tetapi jangan lupa bahawa dalam menggunakan hak itu, pada waktu yang sama anda menjejaskan dan menafikan hak-hak orang lain.

1. Hak orang di sekeliling anda utk bebas daripada pencemaran asap rokok sehingga ada yang menjadi perokok pasif

2. Hak keluarga anda untuk mempunyai ibubapa contoh dan bertanggungjawab.

3. Hak agama anda yang mengharamkan rokok

4. Akibat merokok, KKM perlu mengeluarkan belanja yg tinggi untuk program pemulihan perokok dan merawat penyakit yang berkaitan dengan rokok. Sedangkan jika tidak ada perokok, wang itu boleh digunakan untuk mencegah penyakit serta menangani masalah kesihatan lain. Tahukah anda bahawa kerajaan boleh berjimat sejumlah RM3 billion jika tidak ada penyakit yang dikaitkan dengan rokok.**

5. Anda menzalimi diri anda sendiri dengan tabiat merokok yang menjejaskan kesihatan dan membazirkan wang. Anda menafikan hak diri anda sendiri.

Pendek kata, hak yang anda perjuangkan itu bakal mengorbankan terlalu banyak hak2 orang lain. Jadi mengapalah pula orang lain yang perlu bertimbang rasa dengan tabiat anda?

Pendapatan dari cukai rokok tidak mampu untuk membiayai kos rawatan penyakit yg ditanggung oleh KKM sebab hasil cukai diagih2kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat