Kenapa Sekarang Baru Nak Bersuara – Najib

Sumber Rujukan : Berita Harian

Datuk Seri Najib Razak menegur, pemimpin Barisan Nasional (BN), termasuk Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sepatutnya bersuara lebih awal, jika merasakan ada masalah dalam kepemimpinan, ketika beliau mengetuai negara dan parti sebelum PRU14.

Menurut Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Pengerusi BN itu, mendakwa selama ini beliau mengamalkan sikap yang terbuka kepada semua pihak bebas bersuara dalam memberi ulasan dan pandangan, biarpun ia mungkin berbeza dengannya.

“Saya agak terbuka mengenai perkara ini, cuma saya mahu ia dilakukan secara tertutup, kerana kita tidak sepatutnya menyerang sesama sendiri sebagai anggota dalam kerajaan,” katanya.

Mereka mempunyai kebebasan menyuarakan rasa tidak puas hati atau perbezaan pandangan tetapi mesti menggunakan kaedah atau saluran yang sewajarnya.

“Hakikatnya, Khairy boleh datang berjumpa saya dan memberitahu, kita tidak berada di landasan yang betul atau berdepan masalah yang tidak ditangani sewajarnya.

“Dari situ, saya boleh buat keputusan sama ada mahu menerima atau menolaknya. Namun itu tidak berlaku, beliau (Khairy) sendiri mengakui tidak berbuat demikian,” katanya dalam temubual eksklusif kepada portal malaymail.com semalam.

Ketika diminta untuk mengulas kekalahan memalukan UMNO dan BN dibawah kepemimpinannya, kerana parti tersebut itu tidak pernah kalah dalam PRU sepanjang mentadbir negara sejak merdeka.

Beliau tidak pernah memaksa ahli BN mengikut kehendaknya, sebaliknya menekankan keperluan mematuhi disiplin parti.

Pemimpin Pemuda UMNO itu sepatutnya sedar yang beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang berbeza pendapat merujuk kepada Khairy yang lantang bersuara selepas kekalahan UMNO dan BN.

“Saya hanya mengutamakan disiplin parti. Mereka yang diambil tindakan selama ini adalah disebabkan kesalahan melanggar disiplin parti,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat