"Kenapa Tidak Berikan Lesen Pusat Perjudian dan Penjualan Alkohol Kepada Bumiputera?" - Zaid Ibrahim – Daily Rakyat

“Kenapa Tidak Berikan Lesen Pusat Perjudian dan Penjualan Alkohol Kepada Bumiputera?” – Zaid Ibrahim


Kerajaan dicadangkan untuk memberikan lesen pusat perjudian dan penjualan alkohol kepada bumiputera. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Zaid Ibrahim yang merupakan bekas menteri kabinet di dalam posting didalam blog milik beliau. Beliau juga berkata tindakan ini supaya dapat meningkatkan persaingan ekonomi bumiputera dengan bangsa lain di Malaysia.

Zaid Ibrahim

“Dasar kerajaan yang memgunakan dasar diskriminasi dalam pemerintahan kerajaan sebelum ini menjadi punca kenapa golongan bumiputera ketinggalan dalam ekonomi”, Zaid Ibrahim.

Beliau juga berkata, sektor ini meberikan pulangan yang berbillion ringgit tetapi orang Melayu dihalang untuk berbuat demikian. “Bagaimana orang Melayu Muslim mampu menyaingi kaum lain?” soalnya didalam posting blog beliau iaitu┬áThe Zaidgeist.

Tambah Zaid, perniagan seperti ini telah memberikan peluang kepada golongan kaum cina untuk melakukan pelaburan dalam bidang hartanah. Seterusnya keadaan ini hanya akan meningkatkan taraf hidup kaum Cina tersebut.

Orang Melayu Berniaga Arak?

Disebabkan oleh hal yang demikian, Zaid mempersoalkan mengapa orang Melayu tidak diberikan peluang agar mereka juga mampu bersaing dan seterusnya memiliki tanah sendiri dan membeli rumah.

Zaid juga bekata, “Memang perniagaan itu berdosa, tetapi sejak bila kerajaan diberi mandat dibawah perlembagaan untuk menjaga dan melindungi orang Melayu daripada dosa?”

“Tugas kerajaan adalah memastikan semua rakyat dapat merasai kekayaan dan kemakmuran negara. Tugas kerajaan bukan untuk memastikan orang Melayu masuk syurga,” katanya. Katanya lagi, beliau akan menyokong dasar yang tidak bersifat diskriminasi yang membolehkan Bumiputera turut serta dalam perniagaan menjual produk tidak halal.

“Sesetengah orang Melayu mudah tersinggung, tapi kita tidak harus menguruskan negara mengikut perasaan semata-mata”.

“Tidak masuk akal kita boleh terima kasino besar di Genting dan menganggapnya ‘kurang berdosa’ tapi menghalang kasino kecil di tempat lain. “Bumiputera dan orang Melayu yang tidak tersinggung dengan aktiviti ini perlu diberi lesen operasi,” tambahnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat