Keluarga Tak Izinkan Tun M Ziarah Makam Ayahanda Tok Guru


Seorang anak allahyarham mursyidul am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi ini berkumpul bersama penyokong di pusara ayahandanya di Kota Bharu bagi menghalang lawatan Dr Mahathir Mohamad.

Nik Adli ketika ditemui Malaysiakiniberkata, beliau mewakili pihak keluarga tidak mengizinkan ziarah pemimpin tersebut.

“Ya keluarga tak izinkan, kalau beliau nak datang boleh datang selepas pilihan raya umum.

“Kita nampak ada kepentingan, kalau nak datang, datang selepas pilihan raya walaupun kalah atau menang, ” katanya yang pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dakwaan terlibat kegiatan pengganas.

Kelihatan juga seorang lelaki mengunci tanah perkuburan di Pulau Melaka itu.

Sebuah lori juga diletakkan oleh Nik Adli di depan pintu pagarnya.

Semalam Mahathir telah menziarahi kubur bekas presiden PAS, allahyarham Datuk Fadzil Noor di Kedah.

Dr Mahathir dijadualkan hadir ke dua program lain di Kelantan, hari ini iaitu program Santai Bersama Tun M di Kok Lanas, di parlimen Ketereh dan Tun M Bersama Rakyat di Kampung Cherang, Kota Bharu.

Sementara itu, Pengerusi HARAPAN Kelantan, Husam Musa memaklumkan Dr Mahathir menangguhkan dahulu lawatan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat