Datuk Seri Anwar Janji Akan Potong Gaji & Elaun Perdana Menteri Jika Beliau Bergelar PM Ke 10


Pilihan Raya Umum yang ke-15 akan diadakan tidak lama lagi. Namun kali ini agak ralat kerana Pilihan Raya tetap diadakan walaupun keadaan pada ketika itu banjir. Malah seperti yang kita sedia maklum, bermula November hingga Mac kemungkinan akan berlaku banjir besar.

Demi melihat Malaysia dan rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan damai senantiasa, PRU ke 15 tetap juga harus diadakan. Seperti sebelum ini, setiap parti pasti akan memberikan ucapan bagi memastikan dan menyakinkan rakyat agar terus menyokong.

Datuk Seri Anwar Janji Akan Potong Gaji & Elaun Perdana Menteri Jika Beliau Bergelar PM Ke 10

Terbaharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengerusi Pakatan Harapan (PH) telah meluahkan janjinya, perkara pertama yang bakal beliau lakukan sekiranya menjadi Perdana Menteri yang 10 adalah memotong kadar gaji dan elaun Perdana Menteri.

“Biar saya beri jaminan, jika 20 November nanti (bila) saya dinobatkan sebagai Perdana Menteri, yang pertama saya lakukan adalah potong gaji dan elaun Perdana Menteri.”

DS Anwar Ibrahim juga turut memberitahu, pengurangan dan pemotongan gaji ke atas semua barisan jemaah Menteri juga akan turut dilakukan. Beliau turut memberi jaminan akan mengurangkan saiz anggota kabinet.

datuk seri anwar

“Ini kesediaan saya dan ia tidak mustahil kerana yakin kesedaran rakyat. Kalau mahu Anwar jadi Perdana Menteri, Kabinet mesti dikurangkan, gaji Perdana Menteri dan Menteri mesti dikurangkan kerana kita perlu beri contoh yang baik.”

Malah beliau turut menjelaskan bahawa tidak sanggup ambil gaji apabila melihat ekonomi sekarang ini.

“Saya hendak beritahu, kalau (dengan keadaan) ekonomi sekarang saya tak sanggup ambil gaji. Kita perlu kemuka barisan pimpinan yang kasih kepada rakyat dan barulah rakyat kasih,”  katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Nasional di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC).

Walau apa pun itu, semoga rakyat Malaysia diberikan kehidupan yang lebih baik selepas ini dan Perdana Menteri yang ke 10 ini juga merupakan yang terbaik. Semoga Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat nanti sentiasa mengutamakan rakyat dalam segenap hal.

Sekadar makluman, setakat ini Malaysia sudah ditadbir oleh 9 orang Perdana Menteri. Jika dahulu, Perdana Menteri akan mentadbir untuk tempoh yang agak lama namun amat berbeza dengan sekarang. Hal tersebut terjadi selepas Datuk Seri Najib mentadbir yang mana diambil alih oleh Tun Dr Mahathir.

Tidak lama selepas itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memerintah sebelum diambil alih oleh Datuk Seri Ismail Sabri pada Ogos tahun lalu. Manakala, Perdana Menteri yang memerintah paling lama pula ialah Datuk Seri Najib iaitu bermula pada 2009 hingga 2018.

Kira-kira 10 tahun Datuk Seri Najib mentadbir dan memerintah Malaysia, terlampau banyak kesenangan dan kebaikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia. Begitu juga dengan Perdana Menteri yang lain.

Sumber: Berita Harian 

Baca juga: Saman Menyaman Hanya Kayakan Peguam, Mydin Mahu Kerjasama Buat Amal Kalau Caprice Sudi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat