Kebaikan Daun Pandan Untuk Ginjal


Kebaikan Daun Pandan

Pandan merupakan perkara yang mudah didapati dan sering digunakan dalam resepi masakan. Kebanyakan di Malaysia, mereka menanam sendiri pandan ini di halaman rumah. Namun tidak semua tahu akan kebaikan daun pandan untuk ginjal. Ginjal merupakan salah satu organ yang penting dalam tubuh badan kita untuk kita kekal cergas dalam kehidupan harian. Antara kebaikan daun pandan adalah :

  • Membersihkan darah
  • Membersihkan ginjal
  •  Menjaga kesihatan ginjal
  • Mengatasi kegagalan ginjal
  • Mencegah radang ginjal

Daun Pandan Membantu Tubuh

Daun pandan mampu membantu untuk membersihkan darah dalam tubuh badan kita. Bagi individu yang mengambil minuman keras, selain menggunakan air kelapa , daun pandan juga boleh digunakan untuk membersih darah kita. Caranya adalah dengan mencuci dahulu daun pandan sehingga bersih. Kemudian rebus daun pandan dengan air dan pastikan meminum rebusan air daun pandan itu sebanyak 2 gelas sehari.

Kandungan zat yang terdapat pada daun pandan  dapat membantu membersihkan ginjal. Proses pembersihan darah yang berlaku, secara langsung  ia membantu ginjal untuk bekerja dengan lebih baik. Ginjal yang sihat akan membantu seseorang itu terhindar dari masalah darah. Pelbagai cara boleh menjaga ginjal ini seperti melakukan senamam serta mengamalkan diet yang sihat. Meminum air rebusan daun pandan merupakan salah satu alternatif untuk individu yang ingin memastikan ginjal mereka sihat.

Salah satu penyakit pada ginjal ialah radang ginjal. Penyakit radang ginjal ini jika dibiarkan akan mendatang bahaya kepada seseorang itu. Oleh itu, daun pandan sangat baik unutk dijadikan salah satu cara untuk mencegah penyakit ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat