Dendam Cinta Tak Berbalas, Dirogol Sampai Mati, dan Mayat Dimakan Anjing Liar!

Sumber Rujukan : Cakap Malas

Kes rogol secara beramai-ramai atau gang raped bukanlah suatu benda luar biasa di India. Ini yang membuatkan kebanyakan wanita di sana hidup dalam ketakutan. Ibu bapa manalah yang tak perit apabila anak gadis yang mereka sayang ditemui mati dibunuh dalam keadaan yang mengerikan. Sampaikan dah takda rupa anak.

Ini yang berlaku kepada Mahender Singh apabila dia menemui tubuh anak gadisnya yang hilang berulat disumbat ke dalam tong sampah. Mangsa dirogol dan dibunuh dengan kejam gara-gara menolak lamaran seorang jejaka.

Biar mayat diratah anjing liar.

Mangsa yang identitinya dirahsiakan berusia 22 tahun diculik oleh sekumpulan lelaki ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja. Mangsa kemudiannya dipaksa minum minuman yang dipercayai dicampur dengan dadah sebelum dibawa ke kawasan hutan kira-kira 60km dari tempat dia bekerja.

Menurut Daily Mail, mangsa dirogol beramai-ramai dan diseksa sampai mati. Sebuah objek besar dan keras dimasukkan ke dalam alat sulitnya hingga pecah dubur mangsa. Lebih pilu apabila suspek menggilis kepala mangsa dengan kereta bagi mengelakkan mayat dikenalpasti. Tubuh mangsa pula ditinggalkan sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna di mana sebahagian badannya telah diratah oleh anjing.

Dendam cinta tak berbalas.

Suspek utama, Sumit Kumar (kiri) ditahan bersama-sama seorang rakan. Pihak polis dan hospital percaya ada lagi ramai individu terlibat berdasarkan laporan bedah siasat kecederaan dialami mangsa. Suspek turut memasukkan wayar besi ke dalam mulut mangsa dan bahagian rambutnya telah koyak dan bertaburan di sekitar kawasan kejadian.

Menurut ibu mangsa, Baed Kaur, suspek sering mengganggu anaknya. Sumit juga pernah beberapa kali melamar mangsa namun, lamaran itu ditolak.

Ibu Sumit juga pernah mengugut untuk menculik anak perempuan saya dan memaksa dia berkahwin dengan anaknya. Anak perempuan saya enggan mengahwininya kerana dia tahu lelaki itu tidak bekerja dan dia tahu berkahwin dengan lelaki seperti itu akan memberi aib kepada keluarga.

Dua minggu lalu dia mendekati anak saya lagi dan menghalang laluan anak saya. Anak saya tampar suspek dan dia berkata dia akan membalas dendam. Tetapi saya tidak tahu dia akan melakukan ini. Mereka boleh tembak anak saya jika mereka mahu membunuh dia, kenapa mereka perlu menyeksa anak saya begitu. Mengapa mereka perlu melakukan ini kepada anak saya?

Keluarga mangsa trauma.

Keluarga mangsa masih bersedih dengan apa yang berlaku. Bapa mangsa yang masih trauma dengan kejadian menyatakan dia hampir tak mengenali anaknya. Dia mengecam anaknya melalui pakaian dan barang kemas yang dipakai saja. Mahender berkata dia takkan lupa apa yang dia lihat saat itu.

Ibu mangsa juga menambah apakah dosa dilahirkan sebagai seorang perempuan di India. Bagi Baed, jika sebegini rupa seksaan diterima sebagai wanita adalah baik untuk dia tak ada anak perempuan. Begitu peritnya kesedihan yang keluarga mangsa tanggung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat