[VIDEO] Kantoi Curang, Suami Cekik & Pukul Isteri Dengan Kejam
Setiap pasangan yang bercinta pastinya ingin hubungan yang dibina berakhir dengan perkahwinan yang bahagia dan kekal selamanya. Sebagai manusia normal, tiada satu pun dalam kalangan mereka yang berkahwin ini mendambakan hubungan yang tidak kekal.
Bahkan rata-rata daripada mereka mahukan hubungan yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang itu kekal hingga hujung nyawa. Walaubagaimanapun, memandangkan kehidupan ini adalah sebuah tempat manusia diuji maka ada pasangan yang diuji perkahwinannya.
Tidak kira sama ada ujian kehilangan anak-anak, lambat mendapat cahaya mata mahupun kehilangan pasangan. Malah lebih teruk lagi, kerana ada pasangan yang sanggup curang dan menduakan pasangannya tanpa pengetahuan.
[VIDEO] Kantoi Curang, Suami Cekik & Pukul Isteri Dengan Kejam
Apabila berlaku isu sebegini, pastinya ia menimbulkan rasa marah dalam diri pasangan yang teraniaya. Mula lah ada pergaduhan dan menyebabkan salah seorang tidak dapat mengawal diri. Seperti mana video yang viral yang memaparkan seorang suami bertindak di luar kawalan dan memukul isterinya dengan kejam.
Kejadian yang berlaku di Kota Tagerang Selatan Indonesia ini mula berlaku apabila sang suami, Tarmim, 43 mendapat tahu bahawa isterinya K, 44, mempunyai hubungan dengan jirannya. Dek kerana itu, Tarmim bertindak kejam dengan memukul, mencekik, memijak isterinya itu.
Video yang memaparkan sang suami memijak leher isterinya hingga si isteri mengalami sesak nafas dan berada dalam ketakutan itu dirakam oleh anaknya sendiri yang pada ketika itu sedang berada di tempat kejadian.
Anaknya yang berasa kasihan melihat ibunya dipukul bertalu-talu sempat meminta bapanya berhenti daripada memukul dan bertindak kejam terhadap ibunya.
Mungkin kerana terlampau marah memandangkan sebelum ini isterinya itu sudah bernikah dengan orang lain sewaktu Tarmim sedang mencari rezeki di Jakarta, Indonesia. Manakala Ketua Polis Tangerang Selatan turut mengesahkan kejadian tersebut.
Menurut Syabillah, Ketua Polis Tangerang Selatan, katanya si suami berkenaan sudah ditahan manakala isterinya pula sekarang sedang mendapat rawatan kerena mengalami kecederaan di kepala.
“Lelaki itu sudah ditahan. Isterinya pula kini sedang mendapat rawatan selepas mengalami kecederaan di kepala.”
Ambil cara baik lepaskan cara baik..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang menulis. dia tidak berasa kasihan kepada ibu atau isteri terbabit namun dia berasa kasihan akan anak-anaknya.
Tidak kurang juga ada yang menulis agar lelaki berkenaan melepaskan isterinya dengan cara baik. Turut memuji bagus juga bagi dahulu sebelum lepaskan namun risau jika dikenakan tindakan undang-undang dunia.
“Ambil baik lepaskan cara baik. Bagus juga bagi dulu sebelum lepaskan. Tapi risau kot kena tindakan undang-undang dunia. Kasihan yang dicurangi..” tulis Ku Za
Dalam masa yang sama ada juga yang meluahkan rasa sedih saat mendengar suara anaknya yang menangis. ” Time anak dia panggil bapak anda nangis,, aku macam..”, tulis LN.
Isterinya curang dengan jiran sendiri, sebagai seorang lelaki dan suami yang gigih mencari rezeki pastinya berasa kesal dan marah. Walaubagaimanapun, didoakan semoga lelaki berkenaan diberikan kekuatan fizikal dan mental serta kesabaran yang luar biasa.
Sumber: Majoriti Official
Baca juga: Hujan Lebat & Berterusan Dari Jam 1 Pagi, Banjir Kini Makin Buruk Di Selangor