Influencer Telan Lebih 3 Supplement Setiap Hari, Doktor Ini Luah Rasa Kasihan
Pastinya ramai dalam kalangan kita yang amat menitik beratkan soal kecantikan diri. Itu adalah perkara biasa, siapa je tak nak cantik kan? Namun zaman sekarang, ramai yang mendambakan kecantikan lalu mengetepikan soal kesihatan.
Sanggup menelan pelbagai jenis produk kecantikan semata-mata untuk kelihatan cantik. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang sedia maklum bahawa segala pil kecantikan sama ada berbentuk kapsul, pil ataupun cecair adalah berbahaya untuk kesihatan kita.
Jika diambil secara berlebihan dan dalam tempoh yang lama, kemungkinan besar kita bakal menghadapi masalah buah pinggang. Lihat sahaja hari ini, betapa ramai yang menghidap penyakit buah pinggang gara-gara menelan bermacam-macam supplement ataupun produk kecantikan.
Influencer Telan Lebih 3 Supplement Setiap Hari, Doktor Ini Luah Rasa Kasihan
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang influencer, Nurina Afiqah menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini apabila dia dilihat memakan pelbagai jenis pil supplement untuk kecantikan dirinya. Supplement essential tersebut diambil Nurina setiap hari.
Antara supplement yang diambil oleh Nurina adalah Phyto-9, sunblock, vitamin C dan vitamin untuk penghidratan kulit. Dalam masa yang sama, Nurina turut memberitahu bahawa dia akan menelan vitamin-vitamin tersebut setiap hari.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas influencer berkenaan menelan semua pil-pil tersebut sekaligus. Walaubagaimanapun, tindakan Nurina itu telah menyebabkan segelintir pengguna TikTok yang menonton videonya berasa risau.
Risau akan keadaan buah pinggang influencer berkenaan memandangkan dia menelan kesemua supplement tersebut setiap hari. Selain ada yang ragu-ragu mengenai keberkesanan supplement yang diambil setiap hari oleh Nurina.
“Banyak sangat tu supplement… sakit buah pinggan nanti”
“Tak bahaya ke untuk buah pinggang”
Dalam masa yang sama, Dr Wan Share, Doktor dan Tiktokers yang terkenal turut mengupas lebih lanjut berkenaan dengan supplement yang diambil oleh influencer itu. Pada mulanya, Dr Wan menyatakan dia tidak mahu membahas berkenaan dengan pil sunblock memandangkan sebelum ini beliau sudah menerangkan hal tersebut.
Dr Wan kemudiannya mengulas lebih lanjut berkenaan dengan vitamin C. Vitamin C sememangnya bagus diambil memandangkan kita pada ketika ini berhadapan dengan Covid-19 namun jangan diambil secara berlebihan.
Seterusnya, berkenaan dengan pil penghidratan kulit, kata Dr Wan, minum air sudah cukup memberikan penghidratan pada kulit. Menurut Dr Wan lagi, beliau tidak mahu busy body namun beliau meluahkan rasa kasihan, kasihan kepada buah pinggang dan hati kerana terpaksa dan bekerja lebih kuat untuk menapis kesemua supplement yang ditelannya.
Menjengah ke ruangan komen video yang diulas oleh Dr Wan ini, rata-rata warga TikTok bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Doktor berkenaan. Malah dalam masa yang sama ada juga warga TikTok yang berkongsi pengalaman sudah dialisis buah pinggang selama 7 tahun kerana amalkan produk sampah.
“Saya consume produk sampah 16 tahun barai buah pinggang dialisis 7 tahun lebih dah”, tulis tatierana79
Dalam masa yang sama, ada juga yang menyatakan dia seorang yang takut untuk makan ubat dan meluahkan rasa seram. “Aku ni waktu demam pun tak makan ubar, sebab takut telan ubatt. Makan pun bila betul-betul dah tak dapat tahan. Jangankan nak telan semua tu. Seram”, tulis chang.tebak.
Bahaya supplement ataupun pil kecantikan ini sudah banyak didedahkan dan dinasihatkan oleh para doktor. Malah ramai dalam kalangan doktor menyarankan orang ramai untuk mendapatkan vitamin hanya daripada makanan semulajadi.
Sumber: TikTok drwanshare
Baca juga: Didakwa Terima Bayaran 15 Juta, Anwar Tuntut Muhyiddin Tarik Balik Video