Jamal Menawarkan Diri Bertanding Ketua Pemuda UMNO, Ahli Majlis Tertinggi
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang menjadi buruan polis menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti itu nanti.
Keputusan itu dibuat selepas menerima pandangan, sokongan serta nasihat rakan-rakan seperjuangan.
“Saya Jamal Md. Yunos menawarkan diri bertanding sebagai calon untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 2018-2021.
“Tujuan ini juga dilakukan saya untuk membina kembali semangat perjuangan kepada semua ahli UMNO di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook rakan beliau.
Jamal sekarang ini menghilangkan diri selepas proses dokumentasi ikat jamin terhadap tiga pertuduhan dihadapi beliau di Hospital Ampang Puteri.
Dalam video beberapa hari lepas jamal dikatakan berada di kawasan sawit untuk melarikan diri kerana diburu pihak polis.