SURI RUMAH SEPENUH MASA: Berbaloi Ke Berhenti Kerja Jaga Anak?
Bukan senang nak jadi suri rumah yang berjaya. Mengambil masa dan tenaga yang terlampau banyak sehinggakan tiada masa untuk diri sendiri. Tanpa kita sedar pagi menjadi siang, siang menjadi malam. Seratus peratus masa diberi untuk keluarga sahaja.
Bagi ibu diluar sana yang bekerja, semakin rumit bagi mereka untuk memastikan kelengkapan keluarga mereka cukup dengan sempurnanya, Hal iniĀ kerana mereka mempunyai pembahagian waktu dan terlalu banyak perkara yang perlu mereka fikirkan demi kebahagiaan seisi keluarga. Dengan kerja yang bertimbun dan dengan makan pakai anak dan suami yang perlu dijaga sehingga menimbulkan persoalan diminda mereka: perlukah mereka berhenti kerja?
Oleh itu kami kongsikan kisah seorang ibu sebagai seorang suri rumah.
Berikut merupakan perkongsiannya:
Setelah 4 tahun berhenti kerja untuk jaga anak + bekerja dari rumah, ini apa yang saya rasa:
- Jadi suri rumah jaga anak memang 200% ganda penat & stres daripada bekerja.
- Jadi suri rumah, susah nak dapat Me Time. Time mandi pun ada penonton. Kalau tutup pintu. Ada yg ketuk pintu non stop sampai telinga kita bingit & terpaksa buka pintu. Bila buang air, ada orang kat sebelah tolong flush kan adalah perkara biasa. Sebab? Anak yg 24 jam duduk dengan mak ni manje dia lain macam. Melekat tak boleh berenggang. Takpe dah besar nanti ok lah. Tak lama dah.
- Jadi suri rumah, kadang2 akan rasa bosan sebab tiap hari rutin yg sama. Bangun. Kemas rumah. Masak. Mendobi. Rumah selerak, kemas semula. Lipat baju. Rumah selerak,kemas semula. Kadang2 tak sempat makan. Nak pulak kalau buat bisnes macam saya,terkejar2 antara kerja rumah & bisnes. Paling boring ialah kemas rumah. Berkali-kali sehari sebab saya jenis tak boleh rumah selerak. Paling penting, time suami nak sampai dari pejabat, rumah wajib spotless clean. Anak2 pun dah tau…kalau saya kata papa dah nak sampai, dorang takkan selerakkan rumah lagi. Papa dah sampai, baru boleh sambung projek selerak rumah
- Jadi suri rumah, kita akan rasa lonely. Takde kawan. Time kerja dulu masuk kerja jumpa orang. Sembang, makan sama-sama. Jadi suri rumah sembang dgn anak, sembang dgn tv, sembang kat wasap. Makan sorang sambil layan fb. Itu aje. Antara benda yang paling rasa missing bila dah tak kerja ialah kurang bersosial. Time ambik anak balik sekolah dapat la jumpa mak-mak atau nenek yg ambik anak. Dapatlah sembang dalam 10 minit. Bila suami cerita makan2 dgn ofismate kadang2 rasa jealous.
- Jadi suri rumah takde cuti sakit atau cuti rehat. Time kerja dulu, kalau sakit boleh ambik MC. Hantar anak kat taska & rehat kat rumah. Sekarang? Time sakit pun kena layan anak buat sarkas. Takde nya nak dapat rehat tdo dengan tenang dan bahagia
- Jadi suri rumah,dah bertahun tak berdating dengan suami. Dulu time kerja kami ambik cuti sehari, pergi jalan2 tgk wayang. Anak kat taska. Sekarang… dah tak merasa. Rindu moment tu. Takpe… anak2 dah sekolah nanti boleh repeat semula.
- Jadi surirumah, orang akan pandang rendah kat kita. “Belajar tinggi-tinggi tapi jaga anak kat rumah je” “dulu lepas spm tak dapat offer masuk u ke?” “Tak kerja tak takut ke kalau suami buat hal? Nanti terkontang-kanting kena tinggal” “syoklah dapat duduk rumah tak payah kerja. Relax-relax je main dengan anak”. Malah mertua saya pernah kantoi, taknak sebut saya suri rumah jaga anak. saya senyum je. Pasal suami buat hal tu…. apa yg kita fikir & sebut itulah yg akan jadi. Kalau takut nak berhenti kerja sebab takut suami buat hal, nah…nanti betul2 jadi. Fikir benda baik,sebut benda baik, doa yang baik-baik, buat yang terbaik, dan tawakal. Percaya kepada Kun fayakun.
- Jadi surirumah, kadang2 syaitan akan datang & bisik : kalau tak resign dulu… sekarang gaji mesti dah beribu bilion…bla..bla..bla.. berbaloi ke berhenti kerja jaga anak? Syaitan tu memang akan datang menjengah. Especially bila tgk kawan2 seangkatan naik pangkat, pakai baju cantik bergaya posing dalam bilik kat pejabat. Just shake it off. Jangan dilayan. Halau syaitan tu supaya pergi jauh-jauh.
Sebab tu ada ustaz yg kata surirumah adalah pekerjaan paling mulia bagi seorang wanita. Sebab memang tak mudah. Pengorbanan paling besar ialah tinggalkan kerjaya dengan jawatan & gaji kita semata-mata untuk anak & suami. Allah juga yg akan memberi balasan untuk saya di syurga nanti. Insya Allah!