Tempat Pelancongan Yang Menyediakan Kemudahan Untuk Solat (Tokyo)


Tempat Pelancongan Yang Menyediakan Kemudahan Untuk Solat (Tokyo)

Tempat pelancongan di dunia ini memang banyak, namun tidak semua sama kerana masing masing ada cara tersendiri untuk memudahakan para pelancong untuk melancong. Namun, antara kekangan yang sering dihadapi oleh orang islam apabila pergi melancong ke negara yang majoritinya orang bukan beragama islam adalah tempat untuk menunaikan solat.

Ia merupakan perkara yang sukar untuk mencari masjid atau surau mahupun ruangan solat` khas untuk pelancong Islam. Perkara ini menyebabkan ada antara kita terpaksa menunaikan solat di kawasan awwam, tepi tepi dinding atau tempat yang selesa untuk mereka menunaikan kewajipan.

Untuk mengelakkan dari  timbulnya permasalahan ini, Jepun telah mengatasi masalah ini dengan menyediakan serta memperbanyakkan kemudahan masjid, surau dan ruang solat di tempat pelancongan yang menjadi tumpuan ramai.

Antara yang disediakan adalah di pusat beli-belah, pusat pelancongan, pusat tarikan pelancong, lapangan terbang, stesen tren dan restoran halal.

Berikut adalah lokasi awam popular yang terletak di ibu kota Tokyo yang anda boleh temui kemudahan surau untuk digunakan :

1. JR East Travel Service Center

 

Terletak di stesen tren JR Tokyo, ruang solat ini berada di dalam JR East Travel Service Center (pintu keluar utara Marunouchi). Lengkap dengan kemudahan untuk berwuduk, ruang tersebut boleh digunakan oleh dua orang dalam satu-satu masa.

Waktu operasi: 8.30AM-7.00PM (Isnin-Jumaat)
8.30AM-5.00PM (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
Alamat: 1 Marunouchi, Chiyoda City, Tokyo
Akses: Tokyo (JR, Subway)

2. DECKS Tokyo Beach

tempat pelancongan tempat pelancongan

Bagi anda yang berkunjung ke pusat beli-belah dan tumpuan pelancong popular, DECKS Tokyo Beach, anda tidak perlu risau kerana ia menyediakan ruang solat yang sederhana namun selesa. Lengkap dengan ruang mengambil wuduk yang ‘comel’, selepas ini, anda boleh membeli-belah di sini tanpa perlu berasa runsing untuk mencari tempat bersolat.

Waktu operasi: 11.00AM-9.00PM
Alamat: 1-6-1 Daiba, Minato City, Tokyo
Akses: Odaiba-Kaihinkoen (Yurikamome)

3. Tokyo Midtown

tempat pelancongan 

Tokyo Midtown merupakan sebuah kompleks bersepadu di Roppongi yang terdiri daripada hotel (The Ritz-Carlton, Tokyo), kemudahan kebudayaan seperti the Suntory Museum, lebih dari 130 lot komersial, ruang pejabat, tempat tinggal, hospital, taman dan banyak lagi. Jadi, ia merupakan sebuah lokasi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. Berita baiknya adalah Tokyo Midtown turut menyediakan kemudahan ruang solat untuk yang beragama Islam. Bukan itu sahaja, ia turut mengasingkan ruang solat untuk lelaki di tingkat 3 dan wanita di tingkat 1.

Waktu operasi: 11.00AM-9.00PM
Alamat: 9-7-1 Akasaka, Minato City, Tokyo
Akses: Roppongi (Subway), Nogizaka (Subway)

4. Haneda Airport

tempat pelancongan 

Terletak berhadapan dengan kawasan perlepasan, tingkat perlepasan dan berhampiran dengan kaunter daftar masuk ‘L’. Ruang yang turut dilengkapi dengan tempat wuduk ini boleh digunakan dengan cara menghubungi staf lapangan terbang menggunakan intercom yang disediakan di tepi pintu masuk. Namun, jangan terkejut kerana ruang ini mungkin turut digunakan oleh penganut agama lain untuk bersembahyang.

Waktu operasi: 24 jam
Alamat: 2-6-5, Haneda Airport, Ota City
Akses: Haneda Airport International Terminal (Keikyu, Tokyo Monorail)

5. Takashimaya Shinjuku Store

tempat pelancongan 

Menyedari terdapat peningkatan signifikan dalam jumlah kedatangan pelancong asing ke Takashimaya Shinjuku Store, terutamanya dari Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia, pusat beli-belah tersebut telah menyediakan bilik solat untuk kegunaan pelancong yang beragama Islam. Berada di tingkat 11, pusat beli-belah ini juga terletak berhampiran dengan stesen tren Shinjuku, sekali gus memudahkan para pelancong untuk mencari lokasi solat di kawasan tumpuan pelancong seluruh dunia ini. Akses terdekat dari stesen Shinjuku adalah Shin-Minamiguchi, atau ‘New South Exit’.

Waktu operasi: 10.00AM-8.00PM (Ahad-Khamis)
10.00AM-8.30PM (Jumaat, Sabtu)
Alamat: 5-24-2, Sendagaya,Shibuya City, Tokyo
Akses: Shinjuku (JR, Subway, Odakyu, Keio)

 

Sumber: islamituindah.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat