10 Tips Kehidupan Untuk Menjadi Seorang Usahawan Yang Berjaya


Berikut adalah 10 tips kehidupan untuk usahawan:

1. Belajar untuk berasa seronok apabila lihat kawan-kawan berjaya. Buang sifat dengki dan hasad. Klik “like” banyak-banyak apabila kawan-kawan beritahu kejayaan dia di Facebook.

2. Kalau orang minta pendapat, kita beri. Bercakap mengenai bagaimana nak bergerak ke hadapan, bukan kritik apa yang tak kena dengan bisnes dia.

3. Cakap baik-baik mengenai bisnes orang lain, sama ada di depan atau di belakang. Cakap tak elok akan sampai cepat kepada orang tersebut.

4. Pandang semua pesaing sebagai berpotensi jadi rakan bisnes. Cari jalan untuk bekerjasama. Untuk habiskan masa dan tenaga bersaing merupakan sesuatu yang penat.

5. Kalau sudah ditakdirkan itu rezeki bisnes dia, memang rezeki dia. Usah kacau rezeki bisnes orang. Cari rezeki lain.

6. Sekiranya kita tak mampu naikkan bisnes orang lain, usah turunkan dia. Kalau tak mampu nak tolong, elok duduk di sebelah diam-diam.

7. Apa yang kita tulis di media sosial, akan kekal di hati seseorang selama-lamanya. Berhati-hati dengan tulisan kita, usah sampai tersentak hati sahabat-sahabat usahawan yang lain.

8.Usah berlagak jadi pejuang di media sosial. Kalau nak tolong usahawan, tolong sajalah. Kadang-kadang bunyi hebat macam kita boleh tolong, tapi apa pun kita tak tolong. Orang marah. Nama kita jadi buruk.

9. Sekiranya ada orang komen tentang bisnes kita, dengar sajalah. Usah berbalah dengan dia. Dia mungkin betul, dia mungkin salah. Mana yang sesuai, ambil. Mana yang kita rasa tak boleh buat, tak payah.

10. Usah tulis banyak sangat kebaikan diri atau bisnes kita di Facebook. Pong pang, pong pang. Orang meluat. Belajar cara membuat positioning yang betul. Usah tulis sesuatu yang kita sendiri menyampah nak baca.

Artikel oleh Tuan Norizan Shariff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat