Janganlah Terlajak Lembut Seperti Sotong!
Semasa menjadi guru dulu, saya pernah berhadapan masalah pada satu tahun disatu sebuah sekolah menengah ada 9 pelajar lelaki yang tiba -tiba menjadi lembut, bila disiasat mereka bergiat diluar sekolah kearah keperempuanan. Masa menghantar anak sedara lelaki berkursus misi lelaki di pusat latihan di Tanjung Rambutan, saya melihat sekumpulan pelatih misi lelaki yang lembut macam sotong. Saya siap bagi warning anak sedara, “Hang jadi macam tu, Paklang jumpa hang, paklang terajang”.
Disurau, tok imam surau bercerita dia pergi ambil darah di hospital, yang ambil darah misi lelaki tetapi kelakuan perempuan, auw – auw, gediknya merimaskan orang itu. Rumah tok imam surau saya juga berkembar dengan klinik ibu mengandung kerajaan, ada juga misi lelaki yang datang minta buah pelam muda dengan gaya kesotongannya.
Agaknya betul satu kesimpulan kajian oleh seorang dari Uitm yang menyatakan bila lelaki ditempat yang majoriti wanita terutama pekerjaan, mereka mudah condong kearah kewanitaan, jika begitu, gagallah tujuan diwujud misi lelaki. Tentulah kerana mereka lelaki lalu dipilih masa interview tetapi bertukar wajah bila berkursus, bertugas dengan dikelilingi wanita. Memang tidak salah pada peraturan dunia, tetapi salah pada sisi Allah, masyarakat juga memandang rendah golongan ini dengan gelaran yang berbagai.
Jika boleh saya nasihatkan, sesiapa juga yang asalnya lelaki dan diambil bertugas kerana kelakiannya, jadilah lelaki sejati. Lembut itu baik tetapi jangan terlebih lembut bagi lelaki hingga dikata macam sotong. Begitu juga yang perempuan, kekalkan sifat asal.
Daripada Ibn Abbas r.a katanya, Rasulullah SAW melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda lagi “Halau mereka dari rumahmu.” (Sahih Bukhari) Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita . (HR al Bukhari)
Menurut satu sumber, bilangan mak nyah di Malaysia 70 – 80% adalah berketurunan Melayu dan selebihnya adalah keturunan Cina, India serta lain – lain etnik minoriti. Mengapa orang yang mengaku Islam yang lebih banyak terjadi sedemikian? Walaupun ada hujah dari tulisan mak nyah yang menyebut mereka ditakdir sedemikian, tetapi bila nabi tidak mengizinkan, mereka wajib patuh pada jantina mereka, bukan perasaan mereka. Kecuali mereka yang ada jantina yang boleh memilih. Jika sudah lahir lelaki, jadilah lelaki begitu sebaliknya.
Kajian dari Uitm juga menyebut faktor keluarga juga mempengaruhi hal ini. Didiklah anak lelaki secara lelaki, biar dia jadi lelaki, begitu juga perempuan, perhatikan siapa dikelilingnya. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu hendaklah seseorang dari kamu melihat dengan siapakah dia berkawan.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at Tarmizi) Cegahlah dari awal bila anak – anak ternampak sigat yang bertentangan dengan jantinanya.
Watak mak nyah, lelaki lembut atau wanita bersifat lelaki sepatutnya tidak ada dalam kartun kanak – kanak atau program kanak – kanak (watakk Saleh dalam Upin Ipin contohnya) Melihat pada hadis nabi ini, semua ibubapa kena ambil perhatian, sesungguhnya ini juga satu ujian, satu tipu daya syaitan yang mempergunakan nafsu manusia.
Lemah lembut itu baik, tapi jangan terlajak. Biarlah tugas disempurna menurut kehendak, bukan diri berubah kejantinan kerana sifat kebiasaan kerja untuk jantina tertentu. Jadilah misi lelaki sejati, jadilah pemandu lori treler wanita yang sifatnya tetap wanita atau apa juga pekerjaan, tunaikan kerja tapi sifat kejantinan jangan berubah…..Jantina itu ketentuan Allah, anugerah Allah jangan diubah apa yang ditakdirkanNya.
Diambil Oleh : Abd Ghani Haron