Laman Web Mampu Memberi Perniagaan Menjadi Lebih Maju ?


Assalamualaikum dan selamat malam semua,

mula-mula terjebak dengan perkara berkaitan pembinaan website ini pada tahun waktu sekolah, pada waktu itu, ada pertandingan membina laman web kelas. Aku memang tak pandai pun nak buat website, tapi join team pertandingan tu, sebab nak belajar, tapi lebih banyak menyibuk dari buat kerja.

selepas itu lama aku hanya bermain-main dengan action script untuk bina flash animation. Pada tahun 2004 bermula saat aku betul-betul sungguh-sungguh mendapati ilmu pembinaan laman sesawang. Sejak dari itu, segalanya telah membuatkan aku menjadi seorang pembangun laman sesawang sehingga sekarang.

pentingnya-membina-website

Laman sesawang sebagai premis online

Ramai peniaga apabila memulakan perniagaan, mengabaikan proses pembinaan laman sesawang. Mereka bertambah selesa membina perniagaan tanpa laman sesawang kerana jualan tiada masalah, bahkan semakin meningkat saban hari. Tanpa sedar, ramai pengusaha perniagaan online terlupa terus untuk membina laman sesawang.

Sepanjang 10 tahun penglibatan dalam proses pembinaan laman sesawang dan perniagaan online secara amnya, platform-platform social media ini datang dan pergi tanpa kita pinta. Ramai yang membina perniagaan menggunakan platform-platform seperti ini yang terpaksa bermula dari bawah semula.

Bahkan, ada satu kes kajian, di mana sebuah syarikat antarabangsa, terpaksa menukar modus operandi mereka, kerana telah di sekat di platform social media facebook. Bagaimana mereka kehilangan pendapatan sehari sebanyak USD135,000 setiap hari.

Mereka telah mengambil inisiatif untuk membina list database menggunakan email marketing. Namun begitu, mereka juga mempunyai laman sesawang sebagai premis/kedai/bangunan untuk dijadikan rujukan kepada pelanggan mereka.

Membina tapak perniagaan alam maya yang kekal

Apabila kita mempunyai laman sesawang, kita akan membolehkan pelanggan untuk mencari kita kembali sekiranya platform social media yang kita gunakan itu telah hilang atau kita tidak boleh lagi menggunakannya. Kita perlu faham, platform-platform social media ini harus kita uruskan sebagai alat pemasaran, tetapi bukan tapak kekal perniagaan alam maya kita.

berapa-pelaburan-membina-sebuah-website

Kalau ingin diambil contoh offline, social media platform ini ibarat karnival seperti Jom Heboh yang boleh kita gunakan untuk membuat jualan dan pemasaran. Laman web pun adalah seperti kedai fizikal yang kita wujudkan agar pelanggan boleh hadir, sekiranya tiada karnival Jom Heboh diadakan.

Selain itu, sekiranya kita mempunyai laman web, kita boleh meletakkan laman kita dalam senarai carian google menggunakan teknik SEO atau SEM. Ini merupakan teknik yang sangat menarik untuk diusahakan di mana, pelanggan yang berpotensi tinggi yang akan bertemu dengan laman web kita.

Sekiranya kita menulis di facebook, hanya jika tiada laman lain yang lebih berkualiti isi kandungannya, mereka akan menyenaraikan laman fanpage kita.

Perlukan melabur untuk laman web yang baik

Sekiranya kita gemar untuk ke kedai atau pasaraya yang cantik, kemas dan tersusun dalam kehidupan sebenar, pasti kita perlu menyediakan perkara yang sama dalam laman web kita. Jangan terlalu kedekut untuk melaburkan wang ringgit untuk mendapatkan laman web yang berkualiti.

Hanya kerana kita tahu serba sedikit mengenai pembinaan laman sesawang, tidak bermakna kita perlu simpan wang dan melakukan semuanya sendiri.

Ibarat kita pandai teknik asas mengikat bata, kemudian kita ingin membina rumah kita sendiri. Walaupun mungkin rumah itu siap, tetapi pasti ada banyak cacat cela yang kadangkala kita sendiri tidak perasan ianya berlaku.

Oleh yang demikian, janganlah lokek untuk mengeluarkan pelaburan untuk membina laman sesawang yang baik. Sekiranya tidak pasti siapa yang boleh memberi khidmat nasihat dalam proses pembinaan laman sesawang ini,

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

 

Rumusan operasi laman web

Sehingga saat ini,  memang di mengsyorkan semua peniaga online untuk mempunyai laman web masing-masing. Laman yang akan membawa jenama perniagaan anda, laman yang membolehkan anda untuk membina kelompok pelanggan setia, membuat promosi, menguruskan teknik pemasaran yang lain dan pelbagai lagi.

Perlu kita ingat, apabila menggunakan platform seperti Facebook, kita tiada kawalan atas peraturan yang akan dikenakan, sekiranya mereka kata tidak boleh, kita hanya boleh akur.

Jangan lepaskan peluang untuk membuat pemasaran melalui Facebook dan lain-lain platform, tetapi pastikan laman web kita juga kita promosikan seiring, agar suatu hari nanti, apabila semua telah mengenali laman kita, kita sudah boleh mengurangkan kos promosi di platform-platform berlainan ini dan menggunakan teknik pemasaran yang berlainan pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat