Tangmo Sebenarnya Tak Rapat Dengan Ibu ? Netizen Bongkar Sebab Ibu Tangmo Sanggup Terima Wang Pampasan Berbanding Bela Nasib Anaknya


Kes kematian selebriti Thailand, Tangmo Nida masih belum reda dari spekulasi. Netizen Thailand cukup berang setelah mendapat tahu ibu Tangmo memaafkan pemilik (Danupat) dan pemandu bot(Phaiboon) serta terima wang pampasan sebanyak 30 juta Baht (RM 3.8 juta). Keputusan ini tidaklah membuatkan kes tutup tetapi telah menghalang sebahagian besar siasatan untuk dijalankan.

Sejak itu, netizen makin giat menggali cerita tentang Tangmo dan mencari punca mengapa ibunya sanggup membuat keputusan sedemikian.

Salah seorang pengguna Instagram supinasaupi telah menjelaskan secara terperinci sisi lain tentang kes kematian Tangmo. Ianya berkaitan dengan masa lalu Tangmo dan dua rakan Tangmo yang prihatin tetapi dihalang oleh ibu Tangmo untuk masuk campur.

keputusan ibu tangmo cetuskan spekulasi lain

Kredit : Instagram supinasaupi

Siapa Hippo dan Anna ?

Dalam temubual yang sama, ibu Tangmo juga beritahu yang dia tidak memaafkan dua rakan Tangmo sepenuhnya.

Di sinilah dua lagi watak timbul dalam kes Tangmo iaitu Hippo dan Anna, rakan transgender Tangmo yang cukup prihatin walaupun tiada pada malam kejadian.

Mereka sangat rapat dengan Tangmo sejak dari sekolah dan banyak uruskan serta tolong mendiang dapat peluang berlakon.

Dari hari pertama mereka berdua sudah sangat susah hati bila dapat tahu Tangmo jatuh dari sungai. Mereka berdua jugalah antara yang paling bersungguh dalam mencari maklumat tepat untuk bantu siasatan.

Walaupun maklumat yang mereka berikan banyak bercanggah dengan pembantu peribadi Tangmo, netizen percaya mereka berdua tampil demi mencari keadilan buat Tangmo.

Pada hari pertama kejadian, ibu Tangmo serta Hippo dan Anna sempat berbalah. Ketika ibu Tangmo baru sampai jeti, ibunya sudah diserbu oleh wartawan.

Sebelum itu, Hippo dikhabarkan sempat hubungi ibu Tangmo dan berpesan untuk tidak berikan apa-apa keterangan terlebih dahulu kerana mereka ingin siasat terlebih dahulu.

Ibu Tangmo yang beremosi ketika itu marahkan Hippo dan Anna dan persoalkan mengapa dia tak boleh cakap sedangkan dia ibu mangsa.

Ibu Tangmo Tolak Pertolongan Anna dan Hippo

Sebelum ibunya sertai temubual yang tular tempoh hari, Hippo terlebih dahulu sertai rancangan temubual lain untuk beri maklumat mengenai Tangmo.

Dalam temubual tersebut, Hippo menjelaskan tujuan asal dia menghalang ibu Tangmo dari buat sebarang kenyataan.

Ia adalah bagi mengelakkan ibunya sebarkan maklumat salah dan menyusahkan siasatan serta mengelirukan orang ramai. Hippo sudah terangkan perkara ini pada ibu Tangmo namun ibunya hiraukan sahaja cadangannya.

Ini juga menjadi sebab mengapa ibunya tidak memaafkan dua rakan Tangmo ini sepenuhnya. Ibu Tangmo juga marah Anna dan Hippo yang katanya pandai-pandai masuk rancangan di TV dan bagi maklumat tentang Tangmo.

Anna pula pernah dihubungi secara langsung oleh pengacara rancangan depan ibu Tangmo. Anna terus minta maaf pada ibu Tangmo jika ibunya tidak suka apa yang mereka lakukan untuk Tangmo.

Anna juga berkata dia takkan masuk campur dan sertai upacara pengembumian Tangmo nanti.

Setelah mendengar penjelasan Anna, ibunya berkata lebih baik mereka tak masuk campur. Ibu sudah pun upah orang lain untuk uruskan upacara tersebut. Orang tersebut akan maklumkan terlebih dahulu kepada ibunya sebelum buat apa-apa keputusan.

ibu tangmo belum sedia memaafkan dua kawan rapat tangmo

Kredit : Instagram supinasaufi

Netizen Thailand jelas cukup marah dengan ibu Tangmo yang dilihat berpihak pada Danupat dan Phaiboon. Netizen juga menuduh ibu Tangmo mata duitan kerana senang-senang memaafkan dua individu yang berkemungkinan besar menjadi penyebab kematian anaknya sendiri.

Warganet turut bersimpati dengan dua rakan Tangmo yang ikhlas membantu namun dihalang bulat-bulat oleh ibunya untuk masuk campur dalam urusan anaknya.

Ibu Tangmo Tuntut Wang Insurans

Netizen juga semakin berang apabila ibu Tangmo turut menuntut wang insurans yang sepatutnya  jatuh pada pewaris iaitu anak angkat Tangmo. Seperti yang kita tahu, anak angkat Tangmo ialah anak Kratik, pengurus peribadi Tangmo sendiri.

Ibunya menjelaskan yang anak angkat Tangmo belum didaftarkan sebagai anak angkat yang sah. Jadi, wang insurans sebanyak 1 juta Baht (RM 127,000) akan jadi hak miliknya kerana ibunya sekarang adalah pewaris harta tunggal Tangmo.

Rata-rata netizen cukup kesal dengan pendirian ibu Tangmo yang lebih mementingkan pengurusan harta Tangmo berbanding membela nasib anaknya. Netizen juga beranggapan inilah sebab Tangmo tidak meletakkan nama ibunya sebagai penerima faedah insurans.

ibu tangmo tuntut wang insurans yang sepatutnya jadi milik pewaris iaitu anak angkat tangmo

Kredit Foto : newsunzip.com

Tangmo Tak Rapat Dengan Ibunya ?

Keputusan ibu Tangmo yang dilihat tak menyebelahi anaknya mencetuskan lagi spekulasi lain di kalangan netizen. Mengikut siasatan warganet, Tangmo dikatakan tidak rapat dengan ibunya kerana dibesarkan oleh bapanya sahaja dari kecil.

Berbanding ibunya yang kahwin lain, ayah Tangmo tidak mencari pengganti dan fokus untuk membesarkan Tangmo seorang diri.

Dalam satu rancangan tempatan, dia pernah bawa ayahnya seorang sahaja dan tidak pernah sebut tentang ibunya. Netizen Thailand juga sempat menganggap yang ibu Tangmo sudah meninggal dunia kerana selebriti ini jarang menceritakan perihal ibunya.

Tangmo juga dilihat sangat sayangkan bapanya dan sering menyebut nama bapanya sebagai orang yang membentuknya sehingga berjaya pada hari ini.

Ketika bapanya sakit, Tangmo luangkan masa bertahun-tahun untuk merawat bapanya. Namun akhirnya, dia bawa bapanya pulang ke rumah supaya mereka berdua dapat habiskan masa-masa terakhir bersama.

Selepas bapa Tangmo meninggal dunia, Tangmo dikhabarkan kemurungan teruk sehingga dikatakan pernah cuba membunuh diri.

ibu tangmo tidak terlalu rapat dengan mendiang

Kredit Foto : instagram supinasaupi

Ketika Tangmo sangat sedih sampai tak keluar rumah berhari-hari, Anna dan Hippolah yang datang ke rumah Tangmo dan memujuknya. Mereka berdua jugalah yang bantu Tangmo untuk bangkit semula dan carikan Tangmo peluang untuk berlakon.

Sebelum ini tular mengenai Kratik yang lambat memberitahu ibu Tangmo ketika anaknya hilang. Kratik pernah menjelaskan yang dia hubungi pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum beritahu ibunya ketika Tangmo hilang kerana Tangmo tak rapat dengan ibunya. Kalau bapa Tangmo masih hidup, dia pasti akan hubungi bapanya terlebih dahulu.

Rakan-rakan Tangmo yang lain juga bersetuju bahawa Tangmo tak rapat dengan ibunya.

Netizen Thailand Create Page “Kami Sayang Kratik”

Melihatkan sikap ibu Tangmo yang seakan tidak ingin memanjangkan siasatan selepas menerima habuan wang, netizen Thailand kini perlahan-lahan memihak pada Kratik.

Penyokong Kratik kini bangunkan page ‘Kami Sayang Kratik’ sebagai tanda sokongan kepada pembantu pengurus yang dikecam teruk sebelum ini.

ibu tangmo tidak diberitahu dahulu ketika tangmo lepas kerana dikatakan tidak rapat dengan tangmo

Meskipun Kratik dilihat agak kasar dengan ibu Tangmo sebelum ini, Kratik dikatakan lebih prihatin dengan nasib yang menimpa Tangmo berbanding ibunya sendiri.

Bila difikirkan semula, mungkin betul apa yang Kratik katakan sebelum ini. “Kalau call ibu, bukannya dia boleh tolong”.

Namun, spekulasi dari netizen ini masih belum disahkan 100% benar kerana siasatan masih berjalan sehingga ke hari ini.

Yang pasti, keputusan ibu Tangmo dilihat sangat mencurigakan dan menjadi penghalang untuk siasatan dijalankan dengan lebih mendalam. Apapun semoga kes kematian Tangmo ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat