Jangan Terlepas Menyaksikan Hujan Meteor Tengah Malam Ini

Sumber Rujukan : thestar

Hujan meteor Perseid ini berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet terbakar ketika memasuki atmosfera, ianya berlaku pada setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos.

Hujan meteor tahunan ini boleh di saksikan di hampir keseluruhan negara dengan syarat lokasinya gelap yang kurang pencemaran cahaya seperti di kampung-kampung.

Waktu puncak untuk melihat pemandangan yang menakjubkan ini ialah pada pukul 1.30 pagi Ahad, iaitu pada malam ini (masa artikal di tulis).

Dikhabarkan yang rakyat Malaysia juga akan dapat menyaksikan antara 60 hingga 150 meteor sejam di kawasan yang bebas pencemaran cahaya ketika fenomena ini berlaku.

Waktu Cerapan Fenomena Hujan Meteor Perseid 2017 Malaysia

Tarikh: 13 Ogos 2017 Ahad

Masa: 1.00 tengah malam

Lokasi: Kawasan Lapang di ruang angkasa Seluruh Negara Malaysia

Tempoh Masa: 1 Jam

Sumber- The Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat