DFTZ Inisiatif Terbaru Kerajaan Sasar KDNK RM211 Bilion menjelang 2020


Zon Perdagangan Bebas Digital(DFTZ) dilancarkan dengan fokus mengandakan pertumbuhan e-dagang dan meningkatkan sumbangan nya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada RM211 bilion menjelang 2020.
Inisiatif terbaharu kerajaan membabitkan kerjasama dengan Alibaba Group, diterajui pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Jack Ma itu, akan mengabungkan zon fizikal dan maya dengan perkhidmatan digital dan perkhidmatan dalam talian, bagi memudahkan perusahaan kecil dan sederhana(PKS) mengambil bahagian dalam e-dagang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan DFTZ, mengjangkakan pelaksanaanya itu nanti bakal melonjakkan sektor PKS kepada nilai KDNK antara 60 sehingga 80 peratus, berbanding 37 peratus ketika ini.

Perluas pasaran

“Ini kerana barangan yang dahulunya hanya dijual dalam negara oleh usahawan PKS tempatan, kini boleh diluaskan pasaran ke peringkat global dengan kewujudan DFTZ ini,” katanya.
Yang turut hadir peda pelancaran itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Seri Wee Ka Siong; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, ahli korparat serta penggiat industri digital dalam dan luar negara.
Pada majlis sama, Najib turut dan Ma turut menyaksikan majlis pertukaran epmpat Memorandum Persefahaman (MoU) membabitkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Alibaba Group; Malaysia Airports Holdings Bhd dan Cainiao Network, Alipay dan Maybank; Alipay dan CIMB; serta MDEC dan Catcha Group.
DFTZ akan menggandakan pertumbuhan sektor PKS, meningkatkan jumlah eksport barangan sebanyak AS$25 bilion (RM112 bilion) dan mewujudkan 60, 000 peluang pekerjaan menjelang 2025.

Inisiatif pertama di dunia

DFTZ adalah inisiatif pertama seumpamanya di dunia. Ia akan mengabungkan Platform Dagangan Elektronik Dunia (eWTP) yang diterajui Alibaba Group iaitu yang pertama dilaksanakan di luar China.
“Empat bulan adalah tarikh akhir (pelaksanaan) padat, namun kita sudah membuktikan bahawa kita boleh melakukannya secara bersama,” kata Perdana Menteri.
Pada akhir ucapan, Najib menyatakan kerajaan juga sedia menawarkan  kawasan berkeluasan 46, 451 meter persegi di Bandar Malaysia untuk melaksana salah satu daripada tiga komponen utama DFTZ.
Disamping itu katanya, kerajaan bersetuju menyediakan kawasan seluas lapan hektar di KLIA Aeropolis bagi melaksana inisiatif sama, malah sedia memberi pertimbangan untuk menambah kepada 36 hektar.
DFTZ, empunyai tiga komponen iaitu hub e-memenuhi, hub perkhimatan satelit serta platform e-perkhidmatan, turut mengabungkan zon fizikal dan maya dengan perkhidmatan dalam talian tambahan bagi memudahkan inovasi berasaskan Internet dan e-dagang antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat