Elaun Pelajar PISMP Dan IPG Di Hentikan Bermula Tahun Hadapan


Pelajar pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak lagi mendapat elaun sara hidup bermula pada tahun hadapan

Walaupun begitu, Kementerian Pendidikan memaklumkan , yuran perngajian bagi program itu berjumlah RM27,831 akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan selama empat tahun.

“Pelajar IPG yang sedia ada, bagi pengambilan sebelum Jun 2017 akan teus menerima elaun seperti diselaraskan mulai 1 Januari 2017, dengan kadar RM450 sebulan, selain belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali dalam setahun sehigga tamat pengajian”.

“Pengambilan pelajar pada Jun 2017, tiada elaun akan diberikan mulai Jun 2018” .

Sementara itu, bagi pelajar Progran Persedian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambillan baharu Jun 2017, bayaran elaun sara hidup RM430 sebulan dan belanja tambang balik pada kadar maksimum RM500 sekali setahun akan teus dibayar sepanjang tempoh program, iaitu selama setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat