Kanser Lidah: 6 warna lidah boleh menentukan tahap kesihatan anda
Siapa sangka lidah juga mempunyai fungsi yang lain selain membantu kita mengenali rasa makanan yang masuk ke dalam mulut kita. Lidah juga dikatakan dapat menentukan tahap kesihatan diri seseorang itu mengikut warna lidah pada hari itu. Cuba anda lihat lidah anda di cermin, apa tahap kesihatan anda mengikut warna lidah yang anda lihat.
Berikut merupakan tahap kesihatan anda berdasarkan warna lidah:
Warna Merah Strawberi
Lidah merah strawberi ini boleh membawa maksud anda kekurangan vitamin. Lidah merah berkilat meunjukkan bahawa tubuh badan anda kekurangan zat besi atau vitamin B12. Dalam kes berat, keadaan seperti ini boleh menyebabkan kesakitan ketika minum cecair panas atau makanan pedas. Vitamin B12 selalunya dijumpai di dalam daging, maka vegetarian terutamanya terdedah memiliki lidah seperti ini keran tahap vitamin B12 adalah rendah dalam badan mereka.
Warna Coklat atau hitam
Lidah seperti ini menyatakan anda tidak menjaga kebersihan mulut dan kesihatan gigi dengan baiknya. Lidah yang ditutupi oleh bulu hitam halus boleh dilihat tidak berapa cantik, namun ia tidak membawa kepada masalah besar.
“Biasanya lidah seperti ini terjadi akibat kuat merokok, ketagih kopi dan kafein, atau kekurangan penjagaan mulut yang betul.”kata Jack Der-Sarkissian, MD, seorang doktor keluarga di Southern California.
Lidah Putih
Keadaan lidah seperti ini yang berwarna putih menunjukkan bahawa lidah anda telah dijangkiti kuman. Keadaan ini sering dikaitkan dengan antibiotik.
“Lidah adalah rumah kepada bakteria dan yis secara semula jadi. Apabila anda mengambil antibiotik, yang secara semulajadinya bersifat membunuh bakteria, ia boleh menyebabkan yis yang tidak dibunuh untuk mengambil alih.
Keadaan ini mungkin menyebabkan gangguan rasa atau sedikit rasa sakit, juga boleh berlaku pada mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, ” terang Dr. Tylor.
Kedutan Pada Lidah
Lidah sebegini menunjukkan anda semakin berusia. Oleh itu, terdapat kedutan pada permukaan lidah dan kedutan tersebut boleh membuatkan bakteria dan kuman bersarang di lidah anda.
“Keadaan ini tidak berbahaya tetapi masalah timbul jika kebersihan gigi tidak dijaga sehingga membawa kepada jangkitan. Anda akan mengalami kesakitan gigi, bau busuk dan kadang-kadang rasa panas dalam mulut, ” jelas Dr. Der-Sarkissian.
Pastikan anda menjaga kebersihan mulut dengan baik dan minum air yang mencukupi.
Benjolan Putih Bawah Lidah
Anda pernah merasa seperti ada benjolan kecil berwarna putih di lidah anda? Tompok putih yang tidak menyakitkan itu dipanggil leukoplakia disebabkan oleh pertumbuhan sel yang berlebihan. Sering dikaitkan dengan perokok, mempunyai kira-kira 5 hingga 17 peratus peluang untuk berkembang menjadi kanser.
Bintik Merah Pada Lidah
Jangan ambil mudah jika bintik-bintik merah yang timbul pada lidah anda. Ini mungkin gejala awal kanser lidah yang boleh terjadi kepada perokok tegar dan penghidap HIV.
“Walaupun biasanya dikaitkan dengan penggunaan tembakau, kanser mulut juga boleh disebabkan oleh virus HPV. Jadi dapatkan pemeriksaan segera walaupun ia tidak mengganggu anda, ” jelas Dr Tylor.
Oleh itu, jagalah kebersihan diri anda serta kebersihan mulut dan lidah anda supaya penyakit bahaya dapat dijauhi.
Semoga bermanfaat.