Anak Tujuh Tahun Dirotan Sehingga Lebam Di Bulan Ramadan


Mendapat perkongsian lebih 21k, lelaki ini mendakwa anaknya menjadi mangsa rotan seorang cikgu disiplin di sebuah sekolah. Dan tindakan yang diambil oleh cikgu itu terlalu mengikut perasaan bairpun mengakui anaknya sedikit nakal.

Luah mati mak telan mati bapa itu lah pepatah melayu telah berkata. Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan cerita yang terjadi dalam diri ini.

Anaknya menceritakan apa yang telah terjadi di sekolah oleh lelaki ni(Ayahnya).

Hari ini 22hb 05 2018. dalam jam 1.30pm anak aku balik dari sekolah, dan telah memberi tahu yang dia telah di rotan oleh guru disiplin, membuatkan anak aku tidak larat hendak berpuasa. Papa Isaac tak puasa sebab kena rotan dengan cikgu dan cikgu cakap “TOLONG beritahu papa yang cikgu rotan Isaac”. Kalau tidak beritahu papa, nanti esok cikgu rotan lagi.

Itulah perkataan pertama bila anaknya sampai di rumah. Beliau menganggap itu sebagai denda sebagai kenakalannya. Masa tu juga tidak perasan lagi apa yang telah terjadi pada anaknya.

Tiba-tiba anak aku datang menunjukan bekas atau kawasan yang di rotan. Itu pon anak aku telah sapu sendiri dengan minyak gamat.

Luluh hati ini berderai air mata aku bila melihat betis anak aku hampir koyak di rotan oleh cikgu disiplin. Anak aku mungkin nakal tetapi umurnya baru 7 tahun. Sungguh kejam cikgu perlakukan sebegini.

Jika saudara saudari yang mempunyai anak, adakah anda sanggup anak anda di perlakukan sebegini?
Pihak sekolah tidak membantu atau memberi kerjasama.Bila pihak kita telefon pelbagai alasan untuk mengelak.

Anak aku baru 7 tahun bukan 17 tahun. Aku telah membuat report polis biarlah pihak polis yang menguruskan. Dan report perubatan dari hospital Ampang juga telah buat. Aku tidak berdendam. Geram tetap geram.

Tetapi aku pon ada perasaan. Aku tahu cikgu pon ada keluarga aku tidak kejam untuk mempenjarakan cikgu. Cikgu bila buat kerja biar guna otak jgn ikut nafsu. Tetapi ini adalah permulaan cikgu, Sean Isaac Sharwane anak aku.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat