REIT Mungkin Rugikan Rakyat Dan Negara


Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan kerajaan PH untuk mewujudkan Amanah Pelaburan Tanah(REIT) bagi lapangan terbang dan hospital.

Najib berkata, hasrat tersebut mungkin menjadi titik tolak kepada kerajaan untuk menjual aset-aset negara kepada pihak swasta sekali gus akan merugikan rakyat dan negara di masa hadapan.

“Jika PH terang-terang kata kepada rakyat mereka mahu jual semua lapangan terbang dan bangunan hospital milik kerajaan, tentu ramai akan marah. Kesian pulak admin Facebook mereka, penat-penat delete komen nanti.

“Sebenarnya, Menteri Kewangan(Lim Guang Eng) sudah umum rancangan untuk jual dalam Bajet 2019, tapi rakyat biasa tidak sedar kerana cara licik mereka umumkan mahu kumpul dana dengan cara REIT untuk lapangan terbang dan hospital,”katanya melalui laman peribadi Facebooknya.

Sebelum pada itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad membuat kenyataan bahawa pihak kerajaan merancang untuk mewujudkan REIT bagi memperoleh dana khas bagi kementerian berjumlah sehingga RM30 billion.

Menteri Kewangan, Lim Guang Eng juga pernah menyatakan hasrat kerajaan untuk mewujudkan REIT bagi lapangan terbang iaitu skim pertama seumpamanya di dunia.

Najib Bimbang Sewa Tidak Akan Dibayar Kepada Kerajaan

“Semua lapangan terbang dan bangunan hospital milik kerajaan akan dijual kepada syarikat REIT yang baru ditubuh.

“Lalu 30 peratus dari saham atau dipanggil unit dalam syarikat REIT ini akan dijual kepada pelabur swasta termasuk pelabur asing. Maka,pihak swasta akan memiliki kepentingan 30 peratus dalam semua lapangan terbang dan bangunan hospital kerajaan.

“Kini, syarikat milik Khazinah iaitu Malaysia Airports Holding Berhad(MAHB) bayar sewa untuk guna lapangan terbang kepada kerajaan, nanti, MAHB akan bayar sewa pula kepada syarikat REIT, bukan lagi kepada kerajaan,”jelas Najib.

Kos Operasi Hospital-Hospital Mungkin Meningkat

“Suatu hari nanti, hospital-hospital kerajaan akan bayar sewa kepada syarikat REIT, maka kos operasi tahunan hospital-hospital awam pun akan naik juga. Pihak swasta akan dapat 30 peratus dari sewa-sewa yang dibayar setiap bulan,”tambahnya lagi.

Di akhir tulisan beliau, Datuk Seri Najib mempersoalkan tindakan demi tindakan yang diambil oleh kerajaan seperti mahu menjual semua aset kerajaan.

“Apa lagi PH mahu jual?,”soal beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat